Monday, 14 November 2016

Diari pendosa


Seandainya tuhan mengizinkan .

Hari demi hari ,sdikit demi sedikit hidup perlu diteruskan. Bangun dan menyibukkan dri dengan aktiviti.berpura tiada apa terjadi. Tp engkau n kenangan tidak jua hilang ..
Sayang seandainya masa dapat Diundur.ingin ku luahkan rasa sayang , Seandainya masa boleh diputar ,Inginku setia bersamamu  untuk menjadi Kekasih abadi . Seandainya aku mengenalimu awal mungkin akulah orang yang paling gembira. Tapi spt engkau pnah bkata pengenalan kita dlm keadaan tidak baik itulah yg mmbuatkan aku sentiasa mengelak.sayangku ,masih terlalu berat untuk menerima bahawasanya kita tidak lg Mampu bersama .aku terlalu rindu. mengigatimu tiap kali dekat dgan allah ntah knp byanganmu hdir. Inikah yang kau rasa dlu..Allahu .saat engkau mengucapkan selamat tinggal airmata ku mengiringi mu. Kini tiada lg airmata melainkan hatiku yg menangis berharap lee min hoo akan selamatkan pikachu lg. Aku juga hanya mampu menanti  di rumah pusaka itu. Dahulu engkau sering berkata bayanganku ada dalam solat dan doamu . mungkin cinta itu perlukan pengorbanan. Engkau yang mengajar aku erti cinta … andainya engkau bkan milik sesiapa ingin saja aku bersamamu .tetapi janji aku pada si hawa jua . xdapat aku mungkiri . ape yang terjadi kifarah buatku. Aku berharap satu hari nanti engkau akan kembali mencariku. Mgkin bkan dlm keadaan dlu tp masih brharap dlm stuasi berbeza .
wa rindu lue. Wa rindu lue bodo..
Wa da xde kawan nk gaduh.. Mulut boleh  kata mcm2. Tp hati  Haram bgku rasa begini tp hatiku . 
Knpa mesti aku sakit buat kali kedua . 
Aku hanya mampu menanti ... Sbb hidup dlam realiti tak sama mcm drama ...
Craving shushi ..da xboleh buli lue pendek. Hmmm.


(Tangisan hati )

Friday, 22 July 2016

CITA2 SAYA NAK KURUS


  sebelum 
height 169cm
weight 103.8kg 


sebelum dan selepas 2 bulan pertama

 
Tiada seorang yang meminta untuk menjadi seorang yang gemuk dan kami tidak mintak untuk dihina serta dicaci ... inilah aku sebelum kenal gym, bt 5 kuantan dan trainer aku yg byak membantu aku .... gym tersebut ialah sebuah tempat yang menjadi taman permainan buatku .... tengok dalam gambar,ketika ini aku selalu mengembirakan hati aku dengan trademark gemok is awesome bagai . namun jauh disudut hati ini teringin untuk mencuba pakaian cntik macam orang lain ..siapa mintak untuk jadi macam ni...bukan tidak bersyukur tetapi setiap orang mempuyai impian tersendiri kan..... bak kata trainer rajindan malas sahaja .... 

15/2/16
ialah merupakan hari pertama aku menjejakan kaki di gym kuantan .perasaan debor tu xpayah kabor la. sbb tu firstime.. sensorang plak tu pergi sana... Aku akan ingat hari tu hari pertama aku timbang berat ... masa tu aku 103.8kg berat giler beb... banyak coach bg tips dan semangat ... saat tu aku nekad nak trunkan berat badan ....tapi dalam masa yang sama aku takut aku gagal untuk kecapi cita2 aku ....seterusnya saya akan sambung story dan detik2 aku nak lost weight dalam sambungan cita2 saya nak kurus part 2...sekian terima kasih :)


yang benar (syuhada bambam )

Saturday, 14 November 2015

testimoni glow glowing by nursyuhada

alhamdullilah da 3 minggu lebih mengunakan produk glow glowing . ni result dia . firstday mgunakan toner treatment sampai 1 mggu bila dah menglupas kulit mati . sy pakai set glow glowing secara consistant la. first pakai sabun collagen memang rasa agak pedih kulit dua tiga hari selepas itu sudah berkurangan la.
3 malam berturut sy pakai cream malam glow dan 3 hari seterusnya secara berterusan sy mengunakan night glowing (krim kunyit) bangun pagi cuci dan boleh rasa kulit ni gebu sedikit . di sini saya sertakan testimoni saya . pinky cream day juga sangat bagus dan sesuai  tidak bercampuk.

Sunday, 18 January 2015

LAYAKKAH AKU PART4 (PENDAKWAHCUTEADMIRE)

“Layakkah aku?” (Part 4) Kamu tahu tak yang kamu dah malukan ayah? Kamu dah malukan family kita? Nama baik keluarga? Kamu tak fikir ke sebelum buat sesuatu tu?” kata Encik Zain Benjamin, berang. Lemah jantungnya apabila mendapat berita daripada kawannya yang anaknya telah melanggar undang-undang kolejnya. Yang lebih teruk, perbuatan anaknya itu tersangatlah memalukan. Mana nak diletak mukanya? “Sabarlah abang. Duduk dulu. Kita dengar penjelasan Riz.” kata Puan Adila, isterinya sambil mengurut-urut lembut tangan suaminya. Dia tahu suaminya sedang marah. Sebagai isteri, dia perlu menenangkan suaminya. Ketika sedang marah inilah syaitan akan mencucuk-cucuk kita supaya bergaduh. Kerana itu kata Nabi SAW, lelaki yang hebat itu adalah yang pandai mengawal marahnya. Jangan pernah sesekali buat keputusan ketika marah, kerana keputusan itu disokong syaitan. Marah? Berwudhuklah. “Kamu ada apa-apa nak cakap Riz?” soal ayahnya. Riz duduk di sofa, berhadapan ayahnya. Matanya memandang ke bawah. Dia tahu dia bersalah. “Kamu tengok bawah tu kenapa? Jari kaki lebih ke Riz?” perli ayahnya. Masih dikuasai amarah. Bimbang perkara ini diketahui media. Sebagai seorang ahli perniagaan yang terkenal, berita-berita yang sebeginilah yang wartawan inginkan. Sebab itu, dia dah pesan kepada kawannya, Encik Luqman untuk merahsiakan perkara ini buat sementara waktu, sebelum tindakan diambil. “Riz, papa tanya kan tu? Jawablah.” kata ibunya, lembut memujuk Riz. Riz diam. Tidak berkata apa-apa. Sekadar menanti apa yang bakal berlaku seterusnya. “Baik. Kalau kamu taknak cakap, papa nak kamu bawa perempuan yang kamu jumpa tu dekat papa.” tegas ayahnya. Riz bangun. Mengambil kunci kereta. “Kamu nak ke mana tu Riz?” tanya ayahnya dengan suara yang tinggi. “Tadi ada orang suruh bawa perempuan tu dekat dia, sekarang ni nak larang pulak?” kata Riz sambil berlalu pergi. Bunyi enjin Mini Coopernya kedengaran, dan akhirnya memecut laju meniggalkan rumah banglo 3 tingkatnya. *** Setibanya di kolej, orang pertama yang dia cari adalah Khai. Merata dia mencari, tak jumpa-jumpa. Call? Tak angkat. Mesej lagilah tak berbalas. Apa yang di buat sekarang pun tak tahu. Akhirnya, dia pulang ke biliknya. Buka ja pintu, dia nampak Khai sedang terbaring lena di atas katilnya. Jam dilihat, dah pukul 10 pagi. Takkanlah tak bangun lagi? “Woi bangun. Weh kau kena tolong aku.” Riz menggerak-gerakkan tubuh Khai untuk membangunkannya. “Emm apa niii weh aku ngantok..” kata Khai sambil mengesat matanya. “Bangunlahhhhh!” “Ye haa aku bangun ni em mende?” “Siap cepat. Kita pergi jumpa ninja turtle tu kejap.” “Hah? Nak buat apa?” “Jangan banyak tanya. Siap cepat. Aku tunggu dekat luar.” kata Riz lalu bangun dan beredar keluar daripada bilik tersebut. 10 minit menunggu, Khai keluar daripada bilik. Harum semerbak baunya. “Kau sejak bila keluar pakai wangi-wangi macamni?” “Lelaki pakai satu botol minyak wangi pun, tak haram brader. Lainlah perempuan.” “Lah lelaki rupanya kau ni?” “Kau pergi la sorang. Aku taknak ikut.” kata Khai kemudiannya berpura-pura ingin masuk semula ke dalam bilik. “Alolo hahaha hodoh kot lelaki tua merajuk.” “Dah la. Jom cepat. Jangan buat aku tukar fikiran.” Mereka berjalan menuju ke blok perempuan. Dalam 5 minit, mereka tiba. Sekarang baru Riz terfikir, macam mana dia mahu memanggil keluar si Wardah itu? Di garu-garu kepalanya yang tidak gatal. “Weh, macam mana nak panggil?” soal Riz. “Sepatutnya kau tanya soalan tu dekat diri kau. Aku teman je.” balas Khai. Riz diam. Berfikir. Lama kemudian, dia tersenyum. “Kenapalah aku tak terfikir benda ni awal-awal? Hahaha.” katanya sambil ketawa. “Apa?” soal Khai kembali. Soalan Khai dibiarkan tidak berjawab. Riz mengambil telefon bimbitnya. Mendail nombor dan akhirnya, telefon itu diletakkan di telinganya. “Hello baby. Boleh tolong I tak? You tolong panggilkan budak perempuan yang duduk dekat blok E, nombor bilik 15 dekat tingkat dua, boleh?”” kata Riz melalui telefon tersebut. Tersedak si Khai. Apa tak guna punya jantan, cara ni dia pakai. “Hahahahhaa sekarang ni, kerja kita hanya tunggu dan tunggu. Hahaha.” gelak Riz. Tidak lama kemudian, kelihatan seorang wanita berniqab dan seorang lagi bertudung labuh, berjalan menuju ke arah mereka. “Kan aku dah cakap? Dia mesti datang punya.” kata Riz. *** “Apa kau nak dari aku?” soal Wardah, kasar. Aik minah ni? Takde angin takde ribut datang-datang terus nak serang dah kenapa? Riz bengang. “Sebab kau la, aku nak kena buang kolej kau tahu? Tak guna punya ninja.” “Alhamdulillah. Rasa nak sujud syukur dekat sini. So apa kena mengena kau nak kena buang dengan aku?” “Aku kena buang sebab kau.” “WHAT?” terkejut Wardah. Haura dan Khai dari tadi cuma menjadi pemerhati. “Kenapa pula sebab aku?” “Kau ingat tak err.. adoi macam mana nak cakap ni.” “Cakap je la. Sejak bila kau ni ada rasa serba salah dekat orang?” “Kau ingat tak yang haritu aku terhantar makanan dekat aku?” “Terhantar? Tak ingat. Kalau hantar, adalah. Ni nota ni..” kata Wardah sambil memasukkan tangannya ke dalam poket jubahnya, mencari-cari sesuatu. “Woi dah kenapa ni aku tak minta kau keluarkan pun benda tu. Aku nak bagitau, yang ada orang ambil gambar aku masuk blok kau.” “So? Mana ada kena mengena dengan aku.” “Kan waktu tu aku pergi hantar makanan dekat bilik kau?” “Haaa. Baru betul. Pergi hantar, bukan terhantar. Ego macam buaya betul. So kau nak aku buat apa sekarang? Nak suruh aku bagitahu pihak kolej yang aku culik kau bawa masuk dalam bilik? Ke cane?” perli Wardah. Khai dan Haura ketika itu hanya mampu menggeleng kepala melihat perangai keanak-anakkan sahabat mereka. “Okay, straight to the point. My father want to see you.” “Hah? Untuk apa pulak?” “Nanti aku terangkan. So please?” Wardah melihat muka Riz. “Haih mat saleh ni tak perlu la nak buat muka comel babyface waktu cakap please tu. Eh kau ingat aku nak cair ke ape adoii.” Rungut hatinya. “Bila nak jumpa?” “ASAP.” “Mana boleh keluar dari kolej waktu-waktu macamni. Kau gila ke?” “Ni Danish Rizqi Benjamin la, siapa boleh halang?” “Allah boleh.” Tersentak Riz. Mukanya merah, menahan malu. Dia berjalan menuju ke keretanya. Dia membuka pintu belakang, “So, boleh?” katanya sambil matanya dilarikan ke muka Wardah. “Boleh. Tapi Haura kena ikut.” “Whatever. Cepat lah.” Wardah dan Haura bergerak memasuki kereta Mini Cooper milik Riz. Mereka duduk di belakang. Di hadapan? Siapa lagi kalau bukan si buaya tak guna tu dengan Khai. Akhirnya, kereta meluncur laju meninggalkan kolej mereka. Entah kenapa, sewaktu dalam kereta, hati Wardah rasa tak selesa. Dan baru dia terfikir, mengapa sebegitu mudah dia menerima pelawaan buaya ni untuk pergi ke rumahnya? Ya Allah.

Monday, 12 January 2015

LAYAKKAH AKU PART 3 (PENDAKWAHCUTEADMIRES)

"Layakkah aku?" “Tenang betul kan dekat tasik ni?” tanya Wardah sambil tangannya membaling batu-batu kecil ke dalam tasik. “A’ah, tenang. Dapat pahala lagi tengok bukti kebesaran Allah ni. Err kau dah okay?” “Haha aku dah okay. Taknak fikir dah pasal dia, buat sakit hati je. Weh..” Wardah bangun, berdiri betul-betul di tepi tasik. “Woi nak bunuh diri ke apa? Haha.” gurau Haura. Manalah nak tahu, buatnya dia terjun betul. Mana aku pandai berenang. “Haha. Tak la. Tapi aku kalau terjun pun tak mati.” “Aku tahu! Sebab kau ninja turtle kan?” “Fine. Kau pergilah kawan dengan buaya tu sana. Taknak kawan kau dah.” rajuk Wardah. Tak guna punya kawan, boleh pergi ingatkan aku lagi pasal tu. Dah la sakit hati ni tak habis lagi. Ayat Haura tadi membuatkan dia teringat kembali kata-kata Riz tadi. Wajahnya bertukar muram. “Hm Haura, aku ni teruk sangat ke?” pandangannya dilemparkan ke arah air tasik. Cuba mencari kekuatan, mungkin. Haura bangun, mendekati Wardah yang sedang berdiri. Dia memeluk bahu sahabatnya itu. “Kau memang teruk.” Terkejut Wardah mendengar kata-kata sahabatnya itu. Pandangannya cepat dilarikan ke muka Haura. Cuba mencari makna disebalik ayat tersebut. “Apa maksud kau?” “Kau teruk... Sebab tu kau perlukan aku. Dan aku teruk, sebab tu aku perlukan kau. Kau cuba bagi aku satu nama, satu ja. Siapa manusia yang tak teruk dalam dunia ni?” “Nabi Muhammad SAW?” jawab Wardah, lurus. Satu tamparan hinggap di lengannya. “Woi sakitlah!” kata Wardah sambil menggosok laju lengannya itu. “Kau ni, Nabi Muhammad SAW memang la sempurna. Ish susah aku cakap dengan kau ni.” rajuk Haura. “Haha maaflah. Ye aku tahu. Hm thanks.” Kata Wardah sambil mengukir senyuman. “Wardah. Jangan lemah sebab manusia. Mereka cuma tahu mengata sedangkan langsung tidak tahu apa yang kita rasa. Allah lebih kenal hambaNya. Kuatlah.” pujuk Haura. “Ayat buaya tu, menyakitkan aku betul. Itu takpa lagi, ninja turtle? Weh aku comel kot.” suaranya dibuat-buat merajuk. Tergelak Haura. “Weh. Aku lapar....” rungut Haura. “Disebabkan kau dah berjaya buat aku senyum, jom balik bilik. Aku masakkan untuk kau.” kata Wardah dengan suara yang ceria. “Betul ni? Waa sekali dalam sejuta tahun cik Wardah nak masak. Haha tashabarnyewww.” “Amboih. Haha jum.” Beg mereka diambil lalu mereka terus melangkah pulang ke bilik mereka. *** Setibanya di hadapan pintu bilik mereka, terdapat satu beg plastik berwarna merah. Haura melihat sekeliling, tak nampak sesiapa pun yang mencurigakan atau pemilik kepada beg plastik tersebut. Haura mengambil beg plastik tersebut dan melihat isi dalamnya. “Weh ada bungkusan polisterina la. Bau sedap ni. Kau memang dah masak ke macamana ni Wardah weh ajaib gila ni.” kata Haura teruja. Banyak betul lauk-lauk di dalam beg plastik tersebut. Ada ketam, ayam, daging, sotong dan telur. Syurga ni. Lagi-lagi dalam keadaan mereka yang tengah lapar. Mahu saja dia duduk bersila di depan pintu itu untuk membaham ayam goreng dalam plastik itu. “Kau ni, entah dari mana makanan ni. Entah orang nak sihir ke ape ke. Berani kau nak makan eh.” kata Wardah. Sekarang ni bukan boleh percaya sangat, nak santau, sihir orang mudah ja. Melalui makanan pun boleh. Bahaya. Tanpa menghiraukan kata-kata Wardah, Haura berlalu masuk ke dalam bilik sambil membawa beg plastik tersebut. “Ya Allah budak ni aku tengah cakap boleh dia masuk buat tak tahu je?” kata Wardah lalu masuk ke dalam bilik setelah menanggalkan kasutnya. Wardah dapat melihat Haura yang sudah pergi ke dapur, mengambil pinggan untuk memasukkan lauk. Dia menggeleng kepala. Tiba-tiba.. “Wehh Wardah! Sini kejap.” Terdengar Haura menjerit memanggil namanya, dia menapak laju kedapur. “Ada apa yang terjerit-jerit ni? Lipas lagi ke?” tanya Wardah sambil menarik kerusi bersebelahan dengan Haura. “Bukan. Ada buaya.” “Hah?” “Nah kau baca nota ni. Nota ni aku jumpa dalam beg plastik tu. Waktu keluarkan semua lauk tadi, baru aku perasan ada nota ni.” kata Haura sambil menghulurkan sekeping kertas kecil berwarna biru kepada Wardah. “Aku bukan rasa bersalah. Cuma nak ganti balik ja makanan kau tadi. Nak makan, makan. Taknak makan, buang.” – Riz “What? Makanan dari dia? Aku taknak makan. Muktamad!” kata Wardah dengan nada suara yang tinggi. “Kau taknak makan? Macam aku kisah. Hahhaha. Biar aku makan semua.” “Kau serius nak makan? Tadi kau cakap kau pun menyampah dengan dia?” “Aku menyampah dengan dia, bukan dengan makanan yang dia beli dari cafe. Bukan dia masak pun. Haha.” Wardah diam. Nak menangkan ego ke, nak makan. Betul juga kata-kata Haura tu, bukan dia yang masak. Aduhh, perut ni lapar la pula. “Bismillahirrahmanirrahim.” Haura menggosok-gosok kedua-dua belah tapak tangannya tanda dia tak sabar nak menjamah makanan tersebut. Wardah bangun mengambil pinggan dan kembali duduk di meja makan tersebut. Dia mencedok nasi. Dia mengambil sedikit lauk mula membaca doa makan. “Ehhh? Cakap taknak makan.” soal Haura pelik. “Aku bukan nak makan pun, cuma nak tolong kau habiskan. Nanti kalau tak habis, membazir. Membazir itu amalan syaitan, cukuplah syaitan yang dah ada. Aku taknak tambah bilangan mereka.” terang Wardah panjang lebar, menutup niat sebenarnya. Ekceli perut lapar. “Elehhhhhhh amalan syaitan konon. Menipu tu amalan siapa? Amalan mulia?” Tersedak Wardah yang baru menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. “Mana ada tipu!” katanya. Habis semua makanan dan lauk yang ada. Memang betul-betul lapar budak berdua ni. Dalam pada itu, dalam bilik Encik Luqman... “Sir, tadi saya nampak Riz dan Khai pecah masuk blok pelajar perempuan.” “Kamu ada bukti? Kamu tak boleh buat tuduhan tanpa bukti.” “Saya dah ambil gambar dia, sir boleh tengok.” katanya sambil menyerahkan telefon bimbitnya kepada En. Luqman, pensyarah disiplin tersebut. Lama Encik Luqman melihat gambar tersebut. Dia seolah-olah tidak percaya, anak sahabat rapatnya melakukan perkara yang sebegini rupa. “Okay, awak boleh pergi. Terima kasih atas maklumat.” Keluar daripada bilik pensyarah tersebut, lelaki itu tersenyum riang. Dia pasti, dendamnya akan terbalas. “Siaplah kau Riz. Hahahahhahaha. Pergi mampus kau!” ...

Sunday, 11 January 2015

Layakkah aku?” (Part 7)

Riz baring. Penat betul harini. Pagi tadi, kena marah dengan papa. Lepastu, kena pujuk si ninja turtle tu jumpa papa. Then ..... Aireen. “Rindunya abang dekat Aireen. Aireen, tunggu abang dekat Syurga tau? Aireen kan ketua bidadari abang nanti?” kata Riz sambil memeluk erat surat yang pernah Aireen berikan kepadanya suatu ketika dahulu. “Weh bro, lepak jum? Lapar.” ajak Khai. “Khairul.” panggil Riz perlahan. “Ehhh? Sejak bila panggil nama penuh aku ni? Seram weh.” kata Khai. Jarang betul si Riz ni nak panggil nama penuhnya. Entah Riz mimpi apa malamni pun, dia tidak tahu. “Kau rasa, siapa tunang Wardah yang dia cakap dekat rumah aku tadi?” tanya Riz, jujur. “Hah? Tunang ape ni?” soal Khai, pelik. Tunang? Tunang apanya? Tuna dia tahu la dalam tin tu. K hambar. “Kan waktu dekat rumah aku tadi Wardah ada cakap yang dia dah..” tiba-tiba baru Riz teringat, patutlah Khai tak tahu, waktu tu Khai dengan Haura duduk dekat luar rumah. Adoi terlupa pulak. “Cakap yang dia dah?..” tanya Khai. “Kau ni ape cakap kejap lepastu diam. Biar ayat tergantung haih aku sepak jugak kang.” “Erm. Tadi kau ajak pergi lepak kan? Jom lah. Dekat kedai kejap lagi aku story mory dengan kau.” ajak Riz. Sebenarnya perutnya terasa lapar. Harini rasanya dia belum lagi menjamah makanan yang berat-berat. Sibuk sangat katanya. “Nak naik kereta ke motor?” tanya Khai. “Lama tak merempit, naik motor kau je lah eh? Please abam Khairul encem pelish?” Riz buat suara comel dengan muka ala-ala babyfacenya. “Weh tak guna aku tak cair pun la dengan muka mak saleh kau tu. Dah cepat, aku tunggu luar.” kata Khai, mengambil kunci motor dan keluar daripada bilik mereka. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi enjin motor 125Zr milik Khai dihidupkan. Kemudian, Riz keluar daripada bilik mereka dan mengunci pintu bilik. Akhirnya, dia mendapatkan Khai dan setelah itu, mereka berdua pergi meninggalkan kediaman kolej. *** “Bro, burger ayam cheese taknak sayur satu!” laung Riz daripada meja makannya. Cukuplah sekadar burger untuk mengenyangkan perut yang lapar. Mana dia tahu, Khai yang bawanya ke sini. Dia? Hanya mengikut sahaja. “Kau ni memang spesis tak makan sayur ke? Cubalah makan. Tu yang tak cukup sifat kau ni. Tengok, orang lain semua mata elok je hitam, kau sorang je mata biru.” bebel Khai. “Kau nak tahu tak? Dengan mata biru ni la semua wanita duduk menggesel dekat tapak kaki aku. Kau tu apa ada?” perli Riz kembali. “Semua wanita? Correction. Wardah tak tunduk pun. Dia siap tampar kau lagi adelah.” Riz terkena kembali. Malu bila difikirkan yang dia ditampar Wardah. Sudahlah ketika itu semua orang menyaksikan kejadian tersebut. Aduh malu. “Wait. Wardah? Haa ni la yang aku nak cerita dekat kau tadi ni.” kata Riz setelah menyedari tujuan mereka datang ke sini. Dia mahu meminta pendapat Khai. Dia buntu. “Nah bro. Burger ayam cheese taknak sayur siap.” kata Abang Burger sambil meletakkan burger Riz di atas meja mereka. “Thanks. Kejap lagi gua bayar eh?” “No hal.” kata Abang Burger lalu beredar. “Okay Riz, kau boleh share apa yang kau nak share dengan aku.” kata Khai, tenang. “Macam ni..” kata Riz sambil membuka bungkusan burgernya. “Kau ingat tak dekat rumah aku pagi tadi, kan aku masuk dalam rumah dengan Wardah kan?” “Ya. Lepastu?” soal Khai sambil menyedut perlahan air teh o aisnya. “Papa aku suruh kami nikah.” Tersembur air yang tengah Khai minum. Habis mengena muka Riz. Basah. “Woi takguna!” kata Riz sambil megelap mukanya dengan tisu. “Nikah? Kau serius? Gila betul bapak kau.” “Bapak siapa gila?” “Hehehe bapok sebenarnya yang gila. Sorry. Lepastu kau terima ka?” soal Khai kembali. Riz menggigit sedikit burgernya. Dikunyah-kunyah dan ditelan. “Aku tak sempat nak cakap apa then Wardah cakap dia dah tunang. Dia tengah tunggu tunang dia balik Malaysia and diorang akan nikah. Macam tu la dia cakap.” “Err Riz.... Kau jeles ke?” Riz diam. Menghabiskan burger ayamnya. Setelah itu, dia menjilat ketiga-tiga jarinya yang terkena sos burger. Sunnah lepas makan jilat jari. Tiba-tiba.. “Kalau kau taknak bayar juga duit aku malamni, aku bakar kedai kau!” kedengaran suara seorang lelaki yang sedang disampuk amarah di belakang mereka. Riz bangun, berpaling ke belakang . Dia melihat, ada sekumpulan samseng lebih kurang 6 orang kesemuanya sedang mengepung Abang Burger tadi. Salah seorang daripada mereka yang lagaknya seperti ketua sedang mencengkam kolar Abang Burger sambil menjerkahnya. “Dah banyak tempoh yang aku bagi, tapi yang aku dapat cuma alasan daripada kau. Kau nak minta berapa lama lagi masa? Sampai kiamat?” kata lelaki itu lalu menumbuk perut Abang Burger. Riz yang tidak senang melihat kejadian itu bergerak menuju ke tempat kejadian tersebut. Ketika mula-mula Riz hendak pergi, Khai menarik tangan Riz seraya berkata, “Kau gila? Diorang tu gangster kot? Nahas kau nanti.” “Kata Nabi, tak sempurna iman kita selagi kita tak mengasihi saudara kita sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri. Aku tak kenal dia, tapi aku tahu dia tak bersalah. Kalau kau taknak tolong, duduk sini diam-diam.” kata Riz. Khai hilang kata. Diam. Duduk sambil melihat Riz berjalan semakin jauh meninggalkannya. “Er bro bro sado semua, ada apa ni?” tegur Riz. “Kau nak sakit, hadap sini. Nak selamat, pergi balik.” kata salah seorang daripada mereka. “Dia hutang korang berapa ribu?” tanya Riz kembali. Keenam-enam mereka ketawa terbahak-bahak. Ketua mereka melepaskan Abang Burger, lalu tumpuan mereka kini beralih kepada Riz. “Kau budak, ada duit ke?” tanya ketua mereka. “Berapa?” “Dia hutang aku rm500. Sekarang campur bunga semua dah jadi rm50,000. Boleh bayar?” katanya lagi sambil gelak terbahak-bahak. Riz mengeluarkan kad kreditnya. Dia menunjukkan kad kredit tersebut kepada mereka. “Kalau nak bayar hutang kau tu, kad kredit kau terima ke?” perli Riz, berani. Mereka rasa seolah-olah dihina. Diperlekehkan. Abang Burger tidak dapat menahan tawanya, lalu tawanya pecah. Telinga mereka dapat menangkap tawa daripada Abang Burger. Hati mereka menggelegak. “Kau gelak kenapa budak?” kata salah seorang daripada mereka sambil bergerak mendekati Abang Burger. “Weh bro, aku dah nak bayarkan ni. Tak payah la sentuh dia.” “Aku tak terima duit kau. Aku nak dia yang bayar. Geng, kalau dia tak bayar sekarang, bunuh dia.” arah ketua mereka. Mereka berenam mendekati Abang Burger. Salah seorang daripada mereka mengacukan pisau ke arah leher Abang Burger. “Mana duit? Kalau kau tak bagi, aku tekan pisau ni dekat leher kau.” katanya. “Aku.. takde du..duit laa..” kata Abang Burger dengan terketar-ketar. “Berani kau jawab kau takde duit!” katanya lagi sambil mahu menekan pisau itu di leher Abang Burger. Riz yang tak mahu apa-apa yang buruk terjadi mula bertindak. 4 orang gangster yang cuba menghalangnya ditumbangkan dengan sekali gerak. Akhirnya, dia bergerak menuju ke arah Abang Burger yang sedang diletakkan pisau pada lehernya. “Kau gerak satu langkah lagi, aku bunuh dia!” ugut gangster tersebut. Tiba-tiba, tanpa Riz sedar, ada seorang lagi gangster yang berada di belakangnya. Lelaki itu menikam belakang Riz. Riz rebah. Khai yang melihat situasi itu cepat-cepat datang ke arah Riz yang terbaring. Dimaki hamun gangster yang menikam sahabatnya itu. Gangster-gangster yang ketakutan kerana telah menikam Riz ketika itu bertempiaran lari dan beredar dari situ. Abang Burger rasa bersalah. Dia menefelon ambulans secepatnya. Khai ketika itu sedang menangis teresak-esak sambil memegang tangan sahabatnya. “Weh Riz, kau ni jangan buat aku risau. Bangun la manusia woi!” kata Khai dengan air mata yang bercucuran jatuh. Saat itu, hanya senyuman dengan wajah yang pucat yang mampi diberikan Riz kepada Khai. Dan tidak beberapa lama kemudian, Riz tidak sedarkan diri. .....