Sunday, 18 January 2015

LAYAKKAH AKU PART4 (PENDAKWAHCUTEADMIRE)

“Layakkah aku?” (Part 4) Kamu tahu tak yang kamu dah malukan ayah? Kamu dah malukan family kita? Nama baik keluarga? Kamu tak fikir ke sebelum buat sesuatu tu?” kata Encik Zain Benjamin, berang. Lemah jantungnya apabila mendapat berita daripada kawannya yang anaknya telah melanggar undang-undang kolejnya. Yang lebih teruk, perbuatan anaknya itu tersangatlah memalukan. Mana nak diletak mukanya? “Sabarlah abang. Duduk dulu. Kita dengar penjelasan Riz.” kata Puan Adila, isterinya sambil mengurut-urut lembut tangan suaminya. Dia tahu suaminya sedang marah. Sebagai isteri, dia perlu menenangkan suaminya. Ketika sedang marah inilah syaitan akan mencucuk-cucuk kita supaya bergaduh. Kerana itu kata Nabi SAW, lelaki yang hebat itu adalah yang pandai mengawal marahnya. Jangan pernah sesekali buat keputusan ketika marah, kerana keputusan itu disokong syaitan. Marah? Berwudhuklah. “Kamu ada apa-apa nak cakap Riz?” soal ayahnya. Riz duduk di sofa, berhadapan ayahnya. Matanya memandang ke bawah. Dia tahu dia bersalah. “Kamu tengok bawah tu kenapa? Jari kaki lebih ke Riz?” perli ayahnya. Masih dikuasai amarah. Bimbang perkara ini diketahui media. Sebagai seorang ahli perniagaan yang terkenal, berita-berita yang sebeginilah yang wartawan inginkan. Sebab itu, dia dah pesan kepada kawannya, Encik Luqman untuk merahsiakan perkara ini buat sementara waktu, sebelum tindakan diambil. “Riz, papa tanya kan tu? Jawablah.” kata ibunya, lembut memujuk Riz. Riz diam. Tidak berkata apa-apa. Sekadar menanti apa yang bakal berlaku seterusnya. “Baik. Kalau kamu taknak cakap, papa nak kamu bawa perempuan yang kamu jumpa tu dekat papa.” tegas ayahnya. Riz bangun. Mengambil kunci kereta. “Kamu nak ke mana tu Riz?” tanya ayahnya dengan suara yang tinggi. “Tadi ada orang suruh bawa perempuan tu dekat dia, sekarang ni nak larang pulak?” kata Riz sambil berlalu pergi. Bunyi enjin Mini Coopernya kedengaran, dan akhirnya memecut laju meniggalkan rumah banglo 3 tingkatnya. *** Setibanya di kolej, orang pertama yang dia cari adalah Khai. Merata dia mencari, tak jumpa-jumpa. Call? Tak angkat. Mesej lagilah tak berbalas. Apa yang di buat sekarang pun tak tahu. Akhirnya, dia pulang ke biliknya. Buka ja pintu, dia nampak Khai sedang terbaring lena di atas katilnya. Jam dilihat, dah pukul 10 pagi. Takkanlah tak bangun lagi? “Woi bangun. Weh kau kena tolong aku.” Riz menggerak-gerakkan tubuh Khai untuk membangunkannya. “Emm apa niii weh aku ngantok..” kata Khai sambil mengesat matanya. “Bangunlahhhhh!” “Ye haa aku bangun ni em mende?” “Siap cepat. Kita pergi jumpa ninja turtle tu kejap.” “Hah? Nak buat apa?” “Jangan banyak tanya. Siap cepat. Aku tunggu dekat luar.” kata Riz lalu bangun dan beredar keluar daripada bilik tersebut. 10 minit menunggu, Khai keluar daripada bilik. Harum semerbak baunya. “Kau sejak bila keluar pakai wangi-wangi macamni?” “Lelaki pakai satu botol minyak wangi pun, tak haram brader. Lainlah perempuan.” “Lah lelaki rupanya kau ni?” “Kau pergi la sorang. Aku taknak ikut.” kata Khai kemudiannya berpura-pura ingin masuk semula ke dalam bilik. “Alolo hahaha hodoh kot lelaki tua merajuk.” “Dah la. Jom cepat. Jangan buat aku tukar fikiran.” Mereka berjalan menuju ke blok perempuan. Dalam 5 minit, mereka tiba. Sekarang baru Riz terfikir, macam mana dia mahu memanggil keluar si Wardah itu? Di garu-garu kepalanya yang tidak gatal. “Weh, macam mana nak panggil?” soal Riz. “Sepatutnya kau tanya soalan tu dekat diri kau. Aku teman je.” balas Khai. Riz diam. Berfikir. Lama kemudian, dia tersenyum. “Kenapalah aku tak terfikir benda ni awal-awal? Hahaha.” katanya sambil ketawa. “Apa?” soal Khai kembali. Soalan Khai dibiarkan tidak berjawab. Riz mengambil telefon bimbitnya. Mendail nombor dan akhirnya, telefon itu diletakkan di telinganya. “Hello baby. Boleh tolong I tak? You tolong panggilkan budak perempuan yang duduk dekat blok E, nombor bilik 15 dekat tingkat dua, boleh?”” kata Riz melalui telefon tersebut. Tersedak si Khai. Apa tak guna punya jantan, cara ni dia pakai. “Hahahahhaa sekarang ni, kerja kita hanya tunggu dan tunggu. Hahaha.” gelak Riz. Tidak lama kemudian, kelihatan seorang wanita berniqab dan seorang lagi bertudung labuh, berjalan menuju ke arah mereka. “Kan aku dah cakap? Dia mesti datang punya.” kata Riz. *** “Apa kau nak dari aku?” soal Wardah, kasar. Aik minah ni? Takde angin takde ribut datang-datang terus nak serang dah kenapa? Riz bengang. “Sebab kau la, aku nak kena buang kolej kau tahu? Tak guna punya ninja.” “Alhamdulillah. Rasa nak sujud syukur dekat sini. So apa kena mengena kau nak kena buang dengan aku?” “Aku kena buang sebab kau.” “WHAT?” terkejut Wardah. Haura dan Khai dari tadi cuma menjadi pemerhati. “Kenapa pula sebab aku?” “Kau ingat tak err.. adoi macam mana nak cakap ni.” “Cakap je la. Sejak bila kau ni ada rasa serba salah dekat orang?” “Kau ingat tak yang haritu aku terhantar makanan dekat aku?” “Terhantar? Tak ingat. Kalau hantar, adalah. Ni nota ni..” kata Wardah sambil memasukkan tangannya ke dalam poket jubahnya, mencari-cari sesuatu. “Woi dah kenapa ni aku tak minta kau keluarkan pun benda tu. Aku nak bagitau, yang ada orang ambil gambar aku masuk blok kau.” “So? Mana ada kena mengena dengan aku.” “Kan waktu tu aku pergi hantar makanan dekat bilik kau?” “Haaa. Baru betul. Pergi hantar, bukan terhantar. Ego macam buaya betul. So kau nak aku buat apa sekarang? Nak suruh aku bagitahu pihak kolej yang aku culik kau bawa masuk dalam bilik? Ke cane?” perli Wardah. Khai dan Haura ketika itu hanya mampu menggeleng kepala melihat perangai keanak-anakkan sahabat mereka. “Okay, straight to the point. My father want to see you.” “Hah? Untuk apa pulak?” “Nanti aku terangkan. So please?” Wardah melihat muka Riz. “Haih mat saleh ni tak perlu la nak buat muka comel babyface waktu cakap please tu. Eh kau ingat aku nak cair ke ape adoii.” Rungut hatinya. “Bila nak jumpa?” “ASAP.” “Mana boleh keluar dari kolej waktu-waktu macamni. Kau gila ke?” “Ni Danish Rizqi Benjamin la, siapa boleh halang?” “Allah boleh.” Tersentak Riz. Mukanya merah, menahan malu. Dia berjalan menuju ke keretanya. Dia membuka pintu belakang, “So, boleh?” katanya sambil matanya dilarikan ke muka Wardah. “Boleh. Tapi Haura kena ikut.” “Whatever. Cepat lah.” Wardah dan Haura bergerak memasuki kereta Mini Cooper milik Riz. Mereka duduk di belakang. Di hadapan? Siapa lagi kalau bukan si buaya tak guna tu dengan Khai. Akhirnya, kereta meluncur laju meninggalkan kolej mereka. Entah kenapa, sewaktu dalam kereta, hati Wardah rasa tak selesa. Dan baru dia terfikir, mengapa sebegitu mudah dia menerima pelawaan buaya ni untuk pergi ke rumahnya? Ya Allah.

Monday, 12 January 2015

LAYAKKAH AKU PART 3 (PENDAKWAHCUTEADMIRES)

"Layakkah aku?" “Tenang betul kan dekat tasik ni?” tanya Wardah sambil tangannya membaling batu-batu kecil ke dalam tasik. “A’ah, tenang. Dapat pahala lagi tengok bukti kebesaran Allah ni. Err kau dah okay?” “Haha aku dah okay. Taknak fikir dah pasal dia, buat sakit hati je. Weh..” Wardah bangun, berdiri betul-betul di tepi tasik. “Woi nak bunuh diri ke apa? Haha.” gurau Haura. Manalah nak tahu, buatnya dia terjun betul. Mana aku pandai berenang. “Haha. Tak la. Tapi aku kalau terjun pun tak mati.” “Aku tahu! Sebab kau ninja turtle kan?” “Fine. Kau pergilah kawan dengan buaya tu sana. Taknak kawan kau dah.” rajuk Wardah. Tak guna punya kawan, boleh pergi ingatkan aku lagi pasal tu. Dah la sakit hati ni tak habis lagi. Ayat Haura tadi membuatkan dia teringat kembali kata-kata Riz tadi. Wajahnya bertukar muram. “Hm Haura, aku ni teruk sangat ke?” pandangannya dilemparkan ke arah air tasik. Cuba mencari kekuatan, mungkin. Haura bangun, mendekati Wardah yang sedang berdiri. Dia memeluk bahu sahabatnya itu. “Kau memang teruk.” Terkejut Wardah mendengar kata-kata sahabatnya itu. Pandangannya cepat dilarikan ke muka Haura. Cuba mencari makna disebalik ayat tersebut. “Apa maksud kau?” “Kau teruk... Sebab tu kau perlukan aku. Dan aku teruk, sebab tu aku perlukan kau. Kau cuba bagi aku satu nama, satu ja. Siapa manusia yang tak teruk dalam dunia ni?” “Nabi Muhammad SAW?” jawab Wardah, lurus. Satu tamparan hinggap di lengannya. “Woi sakitlah!” kata Wardah sambil menggosok laju lengannya itu. “Kau ni, Nabi Muhammad SAW memang la sempurna. Ish susah aku cakap dengan kau ni.” rajuk Haura. “Haha maaflah. Ye aku tahu. Hm thanks.” Kata Wardah sambil mengukir senyuman. “Wardah. Jangan lemah sebab manusia. Mereka cuma tahu mengata sedangkan langsung tidak tahu apa yang kita rasa. Allah lebih kenal hambaNya. Kuatlah.” pujuk Haura. “Ayat buaya tu, menyakitkan aku betul. Itu takpa lagi, ninja turtle? Weh aku comel kot.” suaranya dibuat-buat merajuk. Tergelak Haura. “Weh. Aku lapar....” rungut Haura. “Disebabkan kau dah berjaya buat aku senyum, jom balik bilik. Aku masakkan untuk kau.” kata Wardah dengan suara yang ceria. “Betul ni? Waa sekali dalam sejuta tahun cik Wardah nak masak. Haha tashabarnyewww.” “Amboih. Haha jum.” Beg mereka diambil lalu mereka terus melangkah pulang ke bilik mereka. *** Setibanya di hadapan pintu bilik mereka, terdapat satu beg plastik berwarna merah. Haura melihat sekeliling, tak nampak sesiapa pun yang mencurigakan atau pemilik kepada beg plastik tersebut. Haura mengambil beg plastik tersebut dan melihat isi dalamnya. “Weh ada bungkusan polisterina la. Bau sedap ni. Kau memang dah masak ke macamana ni Wardah weh ajaib gila ni.” kata Haura teruja. Banyak betul lauk-lauk di dalam beg plastik tersebut. Ada ketam, ayam, daging, sotong dan telur. Syurga ni. Lagi-lagi dalam keadaan mereka yang tengah lapar. Mahu saja dia duduk bersila di depan pintu itu untuk membaham ayam goreng dalam plastik itu. “Kau ni, entah dari mana makanan ni. Entah orang nak sihir ke ape ke. Berani kau nak makan eh.” kata Wardah. Sekarang ni bukan boleh percaya sangat, nak santau, sihir orang mudah ja. Melalui makanan pun boleh. Bahaya. Tanpa menghiraukan kata-kata Wardah, Haura berlalu masuk ke dalam bilik sambil membawa beg plastik tersebut. “Ya Allah budak ni aku tengah cakap boleh dia masuk buat tak tahu je?” kata Wardah lalu masuk ke dalam bilik setelah menanggalkan kasutnya. Wardah dapat melihat Haura yang sudah pergi ke dapur, mengambil pinggan untuk memasukkan lauk. Dia menggeleng kepala. Tiba-tiba.. “Wehh Wardah! Sini kejap.” Terdengar Haura menjerit memanggil namanya, dia menapak laju kedapur. “Ada apa yang terjerit-jerit ni? Lipas lagi ke?” tanya Wardah sambil menarik kerusi bersebelahan dengan Haura. “Bukan. Ada buaya.” “Hah?” “Nah kau baca nota ni. Nota ni aku jumpa dalam beg plastik tu. Waktu keluarkan semua lauk tadi, baru aku perasan ada nota ni.” kata Haura sambil menghulurkan sekeping kertas kecil berwarna biru kepada Wardah. “Aku bukan rasa bersalah. Cuma nak ganti balik ja makanan kau tadi. Nak makan, makan. Taknak makan, buang.” – Riz “What? Makanan dari dia? Aku taknak makan. Muktamad!” kata Wardah dengan nada suara yang tinggi. “Kau taknak makan? Macam aku kisah. Hahhaha. Biar aku makan semua.” “Kau serius nak makan? Tadi kau cakap kau pun menyampah dengan dia?” “Aku menyampah dengan dia, bukan dengan makanan yang dia beli dari cafe. Bukan dia masak pun. Haha.” Wardah diam. Nak menangkan ego ke, nak makan. Betul juga kata-kata Haura tu, bukan dia yang masak. Aduhh, perut ni lapar la pula. “Bismillahirrahmanirrahim.” Haura menggosok-gosok kedua-dua belah tapak tangannya tanda dia tak sabar nak menjamah makanan tersebut. Wardah bangun mengambil pinggan dan kembali duduk di meja makan tersebut. Dia mencedok nasi. Dia mengambil sedikit lauk mula membaca doa makan. “Ehhh? Cakap taknak makan.” soal Haura pelik. “Aku bukan nak makan pun, cuma nak tolong kau habiskan. Nanti kalau tak habis, membazir. Membazir itu amalan syaitan, cukuplah syaitan yang dah ada. Aku taknak tambah bilangan mereka.” terang Wardah panjang lebar, menutup niat sebenarnya. Ekceli perut lapar. “Elehhhhhhh amalan syaitan konon. Menipu tu amalan siapa? Amalan mulia?” Tersedak Wardah yang baru menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. “Mana ada tipu!” katanya. Habis semua makanan dan lauk yang ada. Memang betul-betul lapar budak berdua ni. Dalam pada itu, dalam bilik Encik Luqman... “Sir, tadi saya nampak Riz dan Khai pecah masuk blok pelajar perempuan.” “Kamu ada bukti? Kamu tak boleh buat tuduhan tanpa bukti.” “Saya dah ambil gambar dia, sir boleh tengok.” katanya sambil menyerahkan telefon bimbitnya kepada En. Luqman, pensyarah disiplin tersebut. Lama Encik Luqman melihat gambar tersebut. Dia seolah-olah tidak percaya, anak sahabat rapatnya melakukan perkara yang sebegini rupa. “Okay, awak boleh pergi. Terima kasih atas maklumat.” Keluar daripada bilik pensyarah tersebut, lelaki itu tersenyum riang. Dia pasti, dendamnya akan terbalas. “Siaplah kau Riz. Hahahahhahaha. Pergi mampus kau!” ...

Sunday, 11 January 2015

Layakkah aku?” (Part 7)

Riz baring. Penat betul harini. Pagi tadi, kena marah dengan papa. Lepastu, kena pujuk si ninja turtle tu jumpa papa. Then ..... Aireen. “Rindunya abang dekat Aireen. Aireen, tunggu abang dekat Syurga tau? Aireen kan ketua bidadari abang nanti?” kata Riz sambil memeluk erat surat yang pernah Aireen berikan kepadanya suatu ketika dahulu. “Weh bro, lepak jum? Lapar.” ajak Khai. “Khairul.” panggil Riz perlahan. “Ehhh? Sejak bila panggil nama penuh aku ni? Seram weh.” kata Khai. Jarang betul si Riz ni nak panggil nama penuhnya. Entah Riz mimpi apa malamni pun, dia tidak tahu. “Kau rasa, siapa tunang Wardah yang dia cakap dekat rumah aku tadi?” tanya Riz, jujur. “Hah? Tunang ape ni?” soal Khai, pelik. Tunang? Tunang apanya? Tuna dia tahu la dalam tin tu. K hambar. “Kan waktu dekat rumah aku tadi Wardah ada cakap yang dia dah..” tiba-tiba baru Riz teringat, patutlah Khai tak tahu, waktu tu Khai dengan Haura duduk dekat luar rumah. Adoi terlupa pulak. “Cakap yang dia dah?..” tanya Khai. “Kau ni ape cakap kejap lepastu diam. Biar ayat tergantung haih aku sepak jugak kang.” “Erm. Tadi kau ajak pergi lepak kan? Jom lah. Dekat kedai kejap lagi aku story mory dengan kau.” ajak Riz. Sebenarnya perutnya terasa lapar. Harini rasanya dia belum lagi menjamah makanan yang berat-berat. Sibuk sangat katanya. “Nak naik kereta ke motor?” tanya Khai. “Lama tak merempit, naik motor kau je lah eh? Please abam Khairul encem pelish?” Riz buat suara comel dengan muka ala-ala babyfacenya. “Weh tak guna aku tak cair pun la dengan muka mak saleh kau tu. Dah cepat, aku tunggu luar.” kata Khai, mengambil kunci motor dan keluar daripada bilik mereka. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi enjin motor 125Zr milik Khai dihidupkan. Kemudian, Riz keluar daripada bilik mereka dan mengunci pintu bilik. Akhirnya, dia mendapatkan Khai dan setelah itu, mereka berdua pergi meninggalkan kediaman kolej. *** “Bro, burger ayam cheese taknak sayur satu!” laung Riz daripada meja makannya. Cukuplah sekadar burger untuk mengenyangkan perut yang lapar. Mana dia tahu, Khai yang bawanya ke sini. Dia? Hanya mengikut sahaja. “Kau ni memang spesis tak makan sayur ke? Cubalah makan. Tu yang tak cukup sifat kau ni. Tengok, orang lain semua mata elok je hitam, kau sorang je mata biru.” bebel Khai. “Kau nak tahu tak? Dengan mata biru ni la semua wanita duduk menggesel dekat tapak kaki aku. Kau tu apa ada?” perli Riz kembali. “Semua wanita? Correction. Wardah tak tunduk pun. Dia siap tampar kau lagi adelah.” Riz terkena kembali. Malu bila difikirkan yang dia ditampar Wardah. Sudahlah ketika itu semua orang menyaksikan kejadian tersebut. Aduh malu. “Wait. Wardah? Haa ni la yang aku nak cerita dekat kau tadi ni.” kata Riz setelah menyedari tujuan mereka datang ke sini. Dia mahu meminta pendapat Khai. Dia buntu. “Nah bro. Burger ayam cheese taknak sayur siap.” kata Abang Burger sambil meletakkan burger Riz di atas meja mereka. “Thanks. Kejap lagi gua bayar eh?” “No hal.” kata Abang Burger lalu beredar. “Okay Riz, kau boleh share apa yang kau nak share dengan aku.” kata Khai, tenang. “Macam ni..” kata Riz sambil membuka bungkusan burgernya. “Kau ingat tak dekat rumah aku pagi tadi, kan aku masuk dalam rumah dengan Wardah kan?” “Ya. Lepastu?” soal Khai sambil menyedut perlahan air teh o aisnya. “Papa aku suruh kami nikah.” Tersembur air yang tengah Khai minum. Habis mengena muka Riz. Basah. “Woi takguna!” kata Riz sambil megelap mukanya dengan tisu. “Nikah? Kau serius? Gila betul bapak kau.” “Bapak siapa gila?” “Hehehe bapok sebenarnya yang gila. Sorry. Lepastu kau terima ka?” soal Khai kembali. Riz menggigit sedikit burgernya. Dikunyah-kunyah dan ditelan. “Aku tak sempat nak cakap apa then Wardah cakap dia dah tunang. Dia tengah tunggu tunang dia balik Malaysia and diorang akan nikah. Macam tu la dia cakap.” “Err Riz.... Kau jeles ke?” Riz diam. Menghabiskan burger ayamnya. Setelah itu, dia menjilat ketiga-tiga jarinya yang terkena sos burger. Sunnah lepas makan jilat jari. Tiba-tiba.. “Kalau kau taknak bayar juga duit aku malamni, aku bakar kedai kau!” kedengaran suara seorang lelaki yang sedang disampuk amarah di belakang mereka. Riz bangun, berpaling ke belakang . Dia melihat, ada sekumpulan samseng lebih kurang 6 orang kesemuanya sedang mengepung Abang Burger tadi. Salah seorang daripada mereka yang lagaknya seperti ketua sedang mencengkam kolar Abang Burger sambil menjerkahnya. “Dah banyak tempoh yang aku bagi, tapi yang aku dapat cuma alasan daripada kau. Kau nak minta berapa lama lagi masa? Sampai kiamat?” kata lelaki itu lalu menumbuk perut Abang Burger. Riz yang tidak senang melihat kejadian itu bergerak menuju ke tempat kejadian tersebut. Ketika mula-mula Riz hendak pergi, Khai menarik tangan Riz seraya berkata, “Kau gila? Diorang tu gangster kot? Nahas kau nanti.” “Kata Nabi, tak sempurna iman kita selagi kita tak mengasihi saudara kita sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri. Aku tak kenal dia, tapi aku tahu dia tak bersalah. Kalau kau taknak tolong, duduk sini diam-diam.” kata Riz. Khai hilang kata. Diam. Duduk sambil melihat Riz berjalan semakin jauh meninggalkannya. “Er bro bro sado semua, ada apa ni?” tegur Riz. “Kau nak sakit, hadap sini. Nak selamat, pergi balik.” kata salah seorang daripada mereka. “Dia hutang korang berapa ribu?” tanya Riz kembali. Keenam-enam mereka ketawa terbahak-bahak. Ketua mereka melepaskan Abang Burger, lalu tumpuan mereka kini beralih kepada Riz. “Kau budak, ada duit ke?” tanya ketua mereka. “Berapa?” “Dia hutang aku rm500. Sekarang campur bunga semua dah jadi rm50,000. Boleh bayar?” katanya lagi sambil gelak terbahak-bahak. Riz mengeluarkan kad kreditnya. Dia menunjukkan kad kredit tersebut kepada mereka. “Kalau nak bayar hutang kau tu, kad kredit kau terima ke?” perli Riz, berani. Mereka rasa seolah-olah dihina. Diperlekehkan. Abang Burger tidak dapat menahan tawanya, lalu tawanya pecah. Telinga mereka dapat menangkap tawa daripada Abang Burger. Hati mereka menggelegak. “Kau gelak kenapa budak?” kata salah seorang daripada mereka sambil bergerak mendekati Abang Burger. “Weh bro, aku dah nak bayarkan ni. Tak payah la sentuh dia.” “Aku tak terima duit kau. Aku nak dia yang bayar. Geng, kalau dia tak bayar sekarang, bunuh dia.” arah ketua mereka. Mereka berenam mendekati Abang Burger. Salah seorang daripada mereka mengacukan pisau ke arah leher Abang Burger. “Mana duit? Kalau kau tak bagi, aku tekan pisau ni dekat leher kau.” katanya. “Aku.. takde du..duit laa..” kata Abang Burger dengan terketar-ketar. “Berani kau jawab kau takde duit!” katanya lagi sambil mahu menekan pisau itu di leher Abang Burger. Riz yang tak mahu apa-apa yang buruk terjadi mula bertindak. 4 orang gangster yang cuba menghalangnya ditumbangkan dengan sekali gerak. Akhirnya, dia bergerak menuju ke arah Abang Burger yang sedang diletakkan pisau pada lehernya. “Kau gerak satu langkah lagi, aku bunuh dia!” ugut gangster tersebut. Tiba-tiba, tanpa Riz sedar, ada seorang lagi gangster yang berada di belakangnya. Lelaki itu menikam belakang Riz. Riz rebah. Khai yang melihat situasi itu cepat-cepat datang ke arah Riz yang terbaring. Dimaki hamun gangster yang menikam sahabatnya itu. Gangster-gangster yang ketakutan kerana telah menikam Riz ketika itu bertempiaran lari dan beredar dari situ. Abang Burger rasa bersalah. Dia menefelon ambulans secepatnya. Khai ketika itu sedang menangis teresak-esak sambil memegang tangan sahabatnya. “Weh Riz, kau ni jangan buat aku risau. Bangun la manusia woi!” kata Khai dengan air mata yang bercucuran jatuh. Saat itu, hanya senyuman dengan wajah yang pucat yang mampi diberikan Riz kepada Khai. Dan tidak beberapa lama kemudian, Riz tidak sedarkan diri. .....

Layakkah aku?" (Part 6)

"Tak guna betul ninja ni. Aku tengah mood serius nak tanya dia, boleh dia tidur.” kata Riz setelah mendapati yang Wardah telah tidur bersama-sama Haura. Khai yang duduk bersebelahan dengannya juga telah nyenyak tidur dibuai mimpi. “Diorang ni dah set nak tidur berjemaah ke ape? Adoi. Eh jap? Harini 20 Januari kan? Macam mana aku boleh lupa ni. Ya Allah..” kata Riz sambil membelokkan keretanya ke sebelah kiri. Dia berpatah balik menuju ke kawasan perumahan rumahnya. Sampai sahaja pada tempat perkuburan di kawasan perumahan itu, dia meletakkan keretanya di bahu jalan. “Nak kejut ke tak eh diorang ni?” Riz berfikir sejenak sambil membuka tali pinggang keledarnya. “Tak payahla. Cepat-cepat aku settlekan, cepat-cepat hantar diorang balik.” Riz membuka pintu lalu terus keluar dan memasuki kawasan perkuburan tersebut. Dia terus menapak ke arah satu kubur di tengah-tengah kawasan perkuburan itu. Cara dia mencari kubur itu terlalu mudah, seperti sudah kerap kali dia melawat kubur tersebut. Akhirnya, dia duduk di tepi kubur tersebut. Seperti biasa, pada mulanya dia membaca surah al Fatihah dan surah-surah lain beserta doa-doa kepada si mati. Dan setelah itu.. “Aireen. Masuk harini, dah genap dua tahun Aireen pergi tinggalkan abang. Cepat betul masa berlalu kan? Rasa macam semalam ja kita jumpa dekat rumah Aireen. Haha yela, kita kan mana boleh keluar? Ayah Aireen cakap, nak keluar kena nikah dulu. Kita baru ja bertunang. Hahaha.” Kata Riz dengan suara yang bergetar. Matanya berkaca, menahan air mata daripada gugur. “Aireen ingat lagi tak waktu first abang datang jumpa ayah aireen dulu? Haha abang dah macam kena interview kerja dah. Semua ayah Aireen tanya kan? Lawak betul bila teringat balik.” Ada mutiara jernih mengalir di pipi Riz. Dia mengesat air matanya. Ya, Aireen Farzana, seorang muslimah berniqab. Seorang wanita yang pertama kali mendapatkan cintanya. Wanita pertama yang dia suka dan terus ditempahnya dengan ikatan pertunangan. Wanita yang bersama-sama dengannya menghabiskan zaman persekolahan. Wanita yang sudah berjanji dengannya akan membina maghligai cinta bersama-sama. Wanita yang baginya, adalah nyawanya. Dengan Aireen, dia kenal apa itu cinta. Ya, cinta yang sebetulnya. Pagi tu, kereta Mini Cooper Riz memasuki halaman Aireen. Pelik Riz, jarang Aireen mahu berjumpa dengannya. Lagi-lagi awal pagi macamni. Selalunya, dialah yang beria-ia nak jumpa Aireen. Bukan senang nak jumpa Aireen ni, setiap kali nak jumpa, ayah Aireen, En. Hamid wajib ada sekali. Yalah, Aireen Farzana ni seorang muslimah yang sangat menjaga dirinya dan sebab itulah, Riz tertarik untuk menjadikan dia, pelengkap cinta. “Assalamu’alaikum. Aireen.” laung Riz daripada luar rumah. Dia menekan loceng yang berada pada pagar di sebelah kanan rumah Aireen. Ya, keluarga Aireen boleh dikatakan keluarga yang agak mewah. Bapanya seorang usahawan kedai pemakanan sunnah. Ibunya telah berhenti daripada kerja setelah melahirkan Aireen. Kata En.Hamid, seseorang anak itu perlukan kasih sayang yang secukupnya ketika dia hendak membesar, baru mudah nak dididik. Dan bila Aireen dah besar, baru Riz nampak kesannya. Pintu pagar dibuka. Kelihatan seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an berjalan sambil menggunakan tongkat. Dengan senyuman yang manis, dia menjemput Riz untuk masuk. “Awal kamu datang harini Riz? Haha kalau macamni, kena dipercepatkan lah ye pernikahan. Kalau sampai tahap rindu macamni, bahaya.” tegur En.Hamid dengan ketawa. “Awal la pakcik. Haha saya tak kisah pun nak nikah awal, anak pakcik tu. Hehe lagipun, Aireen yang cakap nak jumpa saya. Tu saya datang ni. Pelik jugak la. Jarang betul dia yang minta saya untuk datang, tapi harini...” kata Riz, pelik. “Haha. Adalah tu perkara penting yang dia nak cakap kot. Kejap eh pakcik panggilkan dia? Kamu duduklah dulu. Buat macam biasa hahaha.” kata En.Hamid sambil bergerak masuk menuju ke dalam rumahnya. Riz bergerak menuju ke kolam ikan yang terletak di tepi laman rumah Aireen. Dia melihat ikan-ikan tersebut, sentiasa berenang. Bergerak. Lagi satu yang terlintas dalam kepala Riz, ikan-ikan ini semuanya sedang bertasbih memuji Tuhannya, tetapi dia? Ya Allah. Masih leka dengan dunia. Timbul sedikit keinsafan dalam hatinya setelah melihat makhluk ciptaanNya itu. Rasa kecil dirinya nak dibandingkan dengan haiwan yang tidak berakal itu. “Abang?...” panggil Aireen. Suara itu tenang seperti biasa. Riz menoleh. Dia melihat bakal isterinya itu. Dengan mengenakan baju labuh bewarna kuning dan niqab yang dipakai, bakal isterinya itu tampak sungguh jelita di matanya. Dia tersenyum melihat Aireen. “Aik? Siap cantik-cantik ni nak pergi mana?” soal Riz, pelik. “Emm Aireen nak ajak abang keluar kejap, boleh?” kata Aireen, perlahan. “Eh? Betul ke ni? Ayah bagi ke? Ke ayah ikut sekali?” “Aireen dah minta kebenaran abi. Abi benarkan. Tetapi jangan lewat sangat. Jom?” “Betul ke? Woaa. Bestnya. Btw nak pergi mana?” “Kita masuk kereta dululah eh? Kejap lagi Aireen bagitahu.” Perbualan mereka terhenti setakat itu. Riz berjalan diiringi dengan Aireen, menuju ke kereta milik Riz. Tidak lupa sebelum itu, Riz menyalam tangan tua En.Hamid. “Jaga anak pakcik elok-elok. Kamu macam-macam, siaplah. Pakcik gigit kamu nanti.” pesan En.Hamid. “Hahaha yelah pakcik. Saya jaga bakal isteri saya ni elok-elok.” kata Riz gembira. Mana tidaknya, ini baru kali pertama En.Hamid benarkan mereka keluar. Sebelum ni mana pernah. Selalunya duduk bersembang dekat laman rumahnya saja. Mendengarkan suara Riz yang riang itu, En.Hamid jadi sebak tiba-tiba. Mungkin ini kali terakhir En. Hamid akan melihat Riz tersenyum. Mungkinlah. “Kami pergi dulu ye pakcik?” kata Riz dari dalam kereta. Setelah menerima anggukan daripada En.Hamid, pedal minyak ditekan. Kereta meluncur laju meninggalkan halaman rumah Aireen. “Kita pergi laut, boleh abang?” persoalan daripada Aireen itu memecahkan kesunyian. Riz mengangguk tanda setuju sambil tersenyum ke arah Aireen. Riz pelik. Kenapa kali ini, Aireen lebih banyak berdiam daripada bercakap. Ketika dalam perjalanan, hanya kesunyian yang menemani mereka. Sehinggalah tiba ke destinasi, Aireen masih membisu. Pandangannya dilemparkan ke arah luar tingkap. Langsung tidak ada reaksi yang dia mahu bercakap dengan Riz. Marah? Tapi apa salah Riz? “Aireen, kita dah sampai.” kata Riz sambil mematikan enjin. Dia keluar daripada kereta, berjalan menuju ke pintu sebelah untuk dibuka bagi memudahkan Aireen keluar. “Silakan keluar, my princess.” Aireen keluar tanpa bercakap walaupun sepatah. Hanya ucapan terima kasih yang diucapkan setelah dia keluar daripada kereta mewah milik Riz tersebut. “Kita duduk dekat tepi pantai tu, boleh abang?” soal Aireen tiba-tiba. “As you wish dear.” Mereka berjalan menuju ke tepi pantai tersebut. Sekarang ni masih pagi, belum ramai yang datang di pantai tersebut. Sampai sahaja di tepi pantai, Riz mempersilakan Aireen untuk duduk. Setelah Aireen duduk, Riz mengambil tempat bersebelahan dengan Aireen. Jarak mereka tidaklah terlalu dekat kerana masih punya ruang untuk dua orang duduk diantara mereka. Belum sempat Riz membuka kata, Aireen terlebih dahulu memulakan bicara. Sambil pandangannya dilemparkan ke arah laut, dia berkata. “Abang, Aireen rasa kita ni takda jodoh kot.” Tersentak Riz. Dia cepat-cepat mengalihkan padangan ke arah Aireen, meminta penjelasan. Matanya dikecilkan, tanda yang dia kurang faham. “Apa Aireen cakap tadi?” soal Riz. Dia mahu tahu, adakah telinganya tersilap menangkap apa yang baru sahaja Aireen katakan tadi. Aireen diam. Susah sebenarnya dia mahu menuturkan ayat itu. Dari semalam lagi dia memikirkan soal ini dan berkali-kali jugalah air matanya tumpah. Tetapi, ini sahaja jalan yang terbaik yang dia rasa untuk mereka berdua. “Aireen cakap, Aireen dah taknak dengan abang.” Setelah mendengar ayat tersebut, Riz diam. Dia baring diatas pantai itu juga. Matanya dihalakan ke arah langit, mencari kekuatan. Lama kemudian, dia bangun. Aireen perasan yang ada mutiara jernih mengalir pada pipi Riz. Aireen yang dari tadi cuba menahan air matanya, akhirnya pecah juga setelah melihat Riz yang selama ini dia kenal, seorang yang ceria dan periang menitiskan air mata. Basah niqab yang dipakai Aireen dek air matanya. “Kenapa?” terkeluar juga soalan itu dari mulut Riz. Aireen tunduk, mengira butir pasir. “Aireen dah ada orang lain. Maafkan Aireen, abang.” Sekali lagi, air matanya bercucuran jatuh. Peritnya rasa apabila terpaksa mengungkapkan penipuan itu. Namun, dia kena kuat. Dia perlu kuat. Itu untuk kebaikan dia dan Riz. “Siapa orang itu? Bagitahu abang, boleh?” soal Riz mulai redha dengan apa yang berlaku. “Abang tak kenal. Dah la. Itu je Aireen nak bagitahu. Aireen minta maaf abang. Aireen rasa, sampai sini sahaja pertunangan kita.” kata Aireen, lalu dia bangun kira-kira untuk beredar. Riz lebih pantas. Dia menghalang laluan Aireen. Dengan air mata Riz yang bercucuran jatuh, dia melihat mata Aireen. Dalam. Daripada wajah yang separuh tertutup itu, dia dapat tahu yang Aireen tengah bersedih sekarang. Dari mata Aireen, dia dapat lihat yang muslimah itu tidak gembira dengan apa yang dia cakapkan tadi. “Abang. Tolonglah... Aireen nak balik. Kalau abang taknak hantar, Aireen balik naik teksi.” kata Aireen. “Yelah. Mari, abang hantarkan.” kata Riz lalu bergerak menuju ke tempat parkir keretanya. Setelah Aireen dah masuk, Riz menghidupkan enjin. Setelah enjin dihidupkan, Riz sekali lagi memandang Aireen daripada sisi. Lama. Aireen tiba-tiba rasa tak selesa. Dia tidak suka dirinya ditenung dah ditatap ajnabi. Walaupun Riz itu tunangannya, mereka masih dikira ajnabi. “Abang, Aireen nak balik.” Melihatkan Aireen tidak selesa dengan perlakuannya tadi, Riz meminta maaf. Dia tidak boleh mengikutkan emosi. Pedal minyak ditekan perlahan. Akhirnya, kereta Mini Coopernya bergerak perlahan meninggalkan tempat yang telah menjadi saksi terputusnya ikatan antara mereka berdua. Perjalanan mereka sunyi. Keadaan tegang seperti mula-mula waktu mereka datang tadi. Yang membezakannya adalah air mata. Riz datang dengan harapan, dia pulang membawa kehancuran. Walau bagaimanapun, dia redha. Mana boleh merajuk dengan kerja Allah, tak baik. Kita hamba, tak tahu apa yang Dia tahu. Diam, dan cuba senyum. Dua minggu selepas kejadian itu, Riz dapat berita melalui Whatsapp daripada Aina, sahabat baik Aireen yang Aireen telah dijemput Penciptanya akibat pendarahan yang teruk didalam otak. Riz seolah-olah tidak percaya yang bekas tunangnya yang selama ini agak ceria dihadapannya, menderita disebabkan penyakit yang tersangatlah bahaya. Riz mengambil kunci kereta. Dia bergerak laju menuju ke rumah Aireen. Ketika dia tiba di perkarangan rumah Aireen, dia dapati banyak kereta dan ramai orang yang berada disitu. Riz cepat-cepat memarkirkan keretanya dan bergerak pantas menuju ke dalam rumah Aireen. Tanpa pedulikan orang lain, Riz terus masuk ke kawasan ruang tamu rumah Aireen. Ketika itu, hancur luluh hatinya melihatkan sekujur tubuh yang terbaring kaku ditutupi dengan kain. Riz menangis semahunya. “Ya Allah.....” Riz terduduk. Lemah lututnya. Dia sudah tidak dapat merasa kakinya, seolah-olah telah tiada. En.Hamid yang ketika itu sedar akan kehadiran Riz, menepuk-nepuk bahu Riz untuk menenangkannya. “Sabarlah Riz. Pakcik tahu kamu sayangkan dia. Tetapi kamu juga perlu tahu, yang Allah lebih mencintaninya.” kata En.Hamid, cuba memujuk hati yang tengah hancur. Riz diam. Waktu itu, hanya air mata yang berbicara. Dia mengambil surah Yaasin yang disediakan di situ, membacakan surah tersebut. Berkali-kali dia mengulangi surah tersebut tanpa jemu. Dan akhirnya, dia berhenti membaca setelah jenazah hendak dimandikan. Riz tunggu di luar bersama-sama jemaah lelaki yang lain. “Pakcik, bila jenazah nak dikebumikan?” tanya Riz, perlahan. “Wallahua’lam. Secepat yang mungkin. InsyaAllah.” Setelah siap dimandikan, mereka semua bersiap sedia untuk memulakan solat jenazah. Mereka solat jenazah di masjid yang berdekatan dengan taman perumahan Aireen. Ketika hendak memulakan solat... “Pak Imam, boleh saya imamkan solat ini?” tanya Riz. “Tafadhol.” kata pak Imam. Setelah selesai solat jenazah, maka tibalah masa untuk mengebumikan jenazah. Riz merupakan salah sorang daripada keluarga Aireen yang menaiki van jenazah sekali. Riz jugalah yang mengangkat jenazah masuk dan keluar daripada van tersebut. Akhirnya, setelah tiba di kawasan perkuburan, sekali lagi Riz mengangkat keranda yang didalamnya ada jasad kekasih hatinya, ke kubur yang telah siap dikorek. Riz sudah kira-kira untuk masuk ke dalam kubur tersebut untuk menyambut jenazah yang ingin dikebumikan di dalam kubur tersebut tetapi di halang oleh En.Hamid. “Riz, yang ni biarlah pakcik buat. Boleh kan?” Riz akur. Dia sememangnya tiada hak langsung untuk membuat kerja-kerja tersebut kerana dia bukanlah daripada kalangan keluarga tersebut. Setelah selesai kerja-kerja pengebumian dan habis bacaan talkin, semua jemaah telah beredar. Yang tinggal disitu hanya Riz dan keluarga Aireen yang terdekat termasuk sahabat baik Aireen, Aina. Melihatkan Riz yang masih tidak mahu berganjak daripada kubur tersebut, En.Hamid mendekatinya. “Riz, mari balik? Dah lewat ni?” “Pakcik baliklah dulu. Saya nak teman Aireen kejap. Mesti dia sunyi dekat bawah tu.” Menitis air mata En.Hamid mendengarkan kata-kata yang kedengaran terlalu jujur daripada Riz itu. En.Hamid akur, dia beredar pulang bersama-sama isterinya. Setelah itu, Aina pula mendekati Riz. “Weh Riz, jum pergi mana-mana kejap? Aku ada amanah daripada arwah untu kau ni.” kata Aina. Dia tidak selesa selagi tidak menunaikan amanah yang diberikan kepadanya. Lagi-lagi amanah ini daripada sahabat bainya, Aireen. Riz bangun. Tanpa banyak kata, bergerak menuju keluar daripada kawasan perkuburan tersebut. “Naik kereta kau eh? Kereta aku ada dekat rumah Aireen.” kata Riz. “No hal. Jom.” Akhirnya, mereka beredar daripada tanah perkuburan tersebut. Berat hati Riz untuk meninggalkan Aireen sorang-sorang sebenarnya, tetapi disebabkan Aina yang mengatakan ada amanah yang perlu dia sampaikan daripada arwah, Riz akur. *** Riz dan Aina tiba di sebuah restoran yang tidak jauh daripada kediaman Aireen. Masing-masing diam. Bisu. “Okay. Macamni..” Riz menanti dengan penuh debaran. “Sebelum arwah meninggal, arwah ada bagitahu aku untuk bagi surat ni dekat kau. Katanya, aku kena sampaikan surat ni pada hari yang sama dia tiada.” kata Aina sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Riz. Riz membuka surat tersebut disitu juga. Dia melihat dan mula membaca. Tiba-tiba, tangisnya pecah kembali. “Kehadapan cinta sejati, pemilik hatiku ini. Waktu abang baca surat ni, waktu ni Aireen dah pergi menghadap Ilahi. Aireen minta maaf sangat-sangat sebab dah lukakan hati abang. Aireen nak abang tahu, yang dalam hati ini, memang terukir indah nama abang. Hanya abang. Tapi, siapa jangka? Takdir Tuhan itu penentu segala. Aireen dah tahu hari ni bakal tiba. Apa yang Aireen mampu buat? Redha. Abang kuat tau? Abang. Abang ingat lagi janji abang haritu? Abang cakap yang abang akan ada , sentiasa ada disisi Aireen sampai akhir hayat Aireen kan? Ya. Abang dah tunaikan janji abang tu. Aireen tahu, yang abang akan datang dan tengok Aireen untuk kali yang terakhir. Maaf abang, Aireen tak dapat tunaikan janji Aireen. Aireen pernah janji yang Aireen akan jadi pelengkap cinta abang kepada Dia kan? Ya. Maaf sebab Aireen terpaksa mungkir. Aireen rasa, itu sahaja kot yang Aireen nak cakap. Maafkan dan halalkan segala-galanya untuk Aireen? Abang janji dengan Aireen satu lagi boleh? Abang kuat, tau? Thanks. Jaga diri. Semoga abang jumpa wanita yang lebih baik daripada Aireen. Aireen mampu teman abang sampai sini sahaja. Salam cinta, daripada pemilik cinta Rizqi, Aireen Farzana.” Aireen.. Tersedar daripada lamunan, air mata membasahi pipi. Setiap kali teringatkan kenangannya bersama Aireen, tiada apa yang akan timbul melainkan rindu dan air mata. Riz bangun, hendak beredar daripada kubur Aireen tersebut. “Nur Aireen Farzana binti Hamid?” tiba-tiba kedengaran suara Wardah dari belakangnya. Terkejut beruk si Riz ni. Diurut lembut dadanya bagi menghilangkan debaran. “Kau ni memang spesis yang dilahirkan tak tahu bagi salam ke?” perli Riz lalu beredar menuju ke arah kereta mereka. “Macam mana pula dia ni boleh jaga ni? Tadi bukan dia tidur ke? Adoi. Dia nampak ka aku menangis tadi? Dia dengar ka apa yang aku cakap tadi? Pergh malu.” Enjin kereta dihidupkan. Melihatkan Wardah yang berjalan dengan perlahan, Riz berkata daripada dalam kereta. “Weh nina turtle, kau lambat aku tinggal!” laung Riz. Berlari-lari anak Wardah menuju ke kereta Riz, takut ditinggalkan. Bukan boleh kira mat saleh ni. Setelah masuk ke dalam kereta Riz, Wardah bertanya; “Weh, kenapa kau nangis tadi? Siapa sebenarnya Aireen tu? Boleh aku tahu?” ....

LAYAKKAH AKU PART 5 (PENDAKWAHCUTEADMIRE)

“Layakkah aku?” (Part 5) “Besarnya rumah. Ni rumah ke shopping kompleks? Pergh anak orang kaya.” Kata Wardah teruja, setelah Mini Cooper milik Riz bergerak masuk ke dalam banglo mewah milik Encik Zain Benjamin. “Dah sampai. Korang berdua duduk dekat laman tu dulu boleh? Nak setelkan hal ni kejap. Boleh?” tanya Riz kepada Haura dan Khai. Mereka menggangguk lalu pergi meninggalkan Riz dengan Wardah bersendirian. Setelah Haura dan Khai pergi, mata Riz difokuskan pula kepada Wardah. Riz memandang Wardah atas dan bawah. Berulang kali. Naik malu Wardah. Merah mukanya. “Kau ni, dah kenapa? Kau tengok aku macam tu lagi, aku tampar kau macam haritu.” ugut Wardah. “Aku macam pernah jumpa kau la. Baru sekarang aku perasan. Serius.” “Memang la, kan dekat kolej kita pernah jumpa. Kau ni dah kenapa?” Riz diam. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu. Lama. Naik pelik Wardah. “Kalau kau setakat nak ajak aku berdiri dekat luar rumah kau ni, aku nak balik.” kata Wardah. Khai dan Haura sedang duduk di kerusi batu yang berada di laman rumah Riz. Mereka seperti sedang membincangkan sesuatu perkara. Riak wajah muka mereka yang serius mempamerkan segala-galanya. “Yela. Jom masuk. Parents aku dah tunggu rasanya.” Kata Riz sambil mengorak langkah menuju ke pintu utama rumahnya. “Mak, Riz dah balik ni. Buka pintu.” Kata Riz sambil mengetuk-ngetuk pintu rumahnya. Wardah memandang tidak percaya. “Mana mungkin si buaya ego ni nak bercakap sesopan itu? Mungkin sebab itu maknya kot? Haish Wardah, tak baik buruk sangka.” sangkal hatinya. Tidak lama kemudian, pintu dibuka. Muncul seorang wanita lewat 40-an yang berdiri disebalik pintu besar rumah banglo Riz tersebut. Mukanya manis mengukir senyuman. “Awal Riz balik harini? Dengar ja mak nak masak makanan feberet dia, terus balik awal. Haha Riz lapar eh?” usik maknya. Mereka nampak mesra. Wardah sebak, dia rindukan ibunya. “Mana mak tahu ni? Haha pandai mak teka.” kata Riz sambil ketawa. Wardah pelik. Takkanlah rumah besar macamni pun takda orang gaji? Mak si Riz ni yang kena bukakan pintu? Em mungkin family dia tak suka orang luar kot? Ahh lupakan. “Ehh. Siapa budak perempuan yang comel pakai niqab ni? Ya Allah mak dah nak dapat menantu dah ye? Hahaha.” gelak mak Riz sambil menutup mulut. Wardah pulak dah kena puji, mau tak tersipu-sipu dia. Dia memandang ke bawah, kaver ayu konon. “Wait. Menantu? Noooooooooo.” jerit Wardah dalam hati. “Bukanlah makcik. Saya ni Wardah, kawan Riz. Kata Riz, ayahnya nak jumpa saya. Itu yang saya datang ni.” terang Wardah, sopan. “Ouh kawan Riz. Haha tapi kalau betul pun apa salahnya kan? Kamu ni pun makcik tengok baik orangnya. Sopan lagi tu.” puji mak Riz, jujur. Bertambah kembanglah si Wardah ni. Astaghfirullahalazim. Hadza min fadhli Rabbi. Segala pujian hanyalah milik Allah SWT. “Mak. Dia ni jangan dipuji lebih-lebih. Bukan boleh dia ni, nanti sampai ke besok dia tertunduk bawah tengok kasut dia. Entah apa yang dia cari pun tak tahu.” perli Riz. “Haha. Mak cakap benda yang betul je.” “Tengok tu weh. Mak kau pun backup aku.” “Whatever. Dah, jum masuk. Mak, mama dengan papa ada tak?” soal Riz. Wardah bingung. “Mama dengan papa?” sampai berapa mak si Riz ni ada. Takkanlah ayah dia nikah dua? “Kejap-kejap. Makcik ni mak riz kan?” soal Wardah, lurus. Dia terus mengajukan soalan itu kepada mak Riz. Pecah ketawa Riz dan maknya itu. Si Riz ni, sampai keluar air mata dia ketawa. Yang Wardah buat muka seposen. Dia tak tahu apa yang kelakarnya. “Dah la tu Riz. Tak baik kamu ketawakan dia.” kata maknya dengan ketawa yang masih bersisa. “Hahahaha yelah mak. Cik Wardah, mak ni namanya mak Kiah. Dia sebenarnya orang gaji dekat sini. Tapi aku tak anggap dia orang gaji pun, dia dah macam mak aku sendiri dah. Dari aku lahir sampai sekarang, dia jaga aku. Dia duduk dengan family aku dah hampir 20 tahun. Tu yang aku panggil dia mak.” terang Khai diselangi dengan tawanya yang masih ada. “Ooooooooooooo.” kata Wardah. Kalau dia tak berniqab ni, memang dah nampak mulutnya yang berbentuk O tu. Panjang betul. Agak-agak dalam 8 harakat jugak la. “Dah. Tutup mulut kau. Eh mak, Riz tanya tadi, mama dengan papa ada tak?” soal Riz sekali lagi. “Ada ja. Papa macam biasalah, ada dekat perpustakaan. Macam la tak kenal dengan papa kamu tu Riz, kalau tak pergi kerja, 24 jam lah terperap dekat situ.” “Ouh. Takpa. Riz dengan Wardah tunggu dekat ruang tamu, mak panggilkan papa dengan mama boleh? Cakap Riz dah balik.” tanya Riz. “Baik Riz. Mak pergi dulu.” Riz mengiringi maknya dengan senyuman. Wardah diam. Seolah-olah tidak percaya apa yang dilihat matanya sekarang. Seorang lelaki yang diluarnya penuh dengan ego, tetapi sebenarnya seorang yang penyayang dan hormat orang tua. Ya Allah, maafkanlah aku kerana selama ini selalu berburuk sangka dengan dia. Bisik hati kecil Wardah. “Weh masuklah ninja. Yang kau tercegat dekat luar buatpe? Takkan nak kena ambil sofa angkat bagi dekat kau duduk, lepastu nak kena angkat masuk dalam pulak?” perli Riz. Wardah menjeling Riz. Tajam. “Eleh jeling-jeling. Macam la aku takut. Teenage mutant ninja turtle!” kata Riz sambil melagukan lagu TMNT itu. Berdesing telinga Wardah. Kasutnya ditanggal cepat lalu dikejarnya si Riz ni sampai masuk ke dalam rumah sehingga ke ruang tamu. Papa dan mama Riz yang baru turun dari tangga melihat yang anaknya sedang dikejar oleh seorang perempuan berpurdah yang mereka langsung tak kenal. “Riz! Apa ni?” tengking mama Riz. Mereka berdua berhenti daripada kejar-mengejar. Mata mereka berdua serentak memandang ke arah papa dan mama Riz. “So inilah perempuan yang kamu nak jumpa sampai sanggup pecah masuk asrama perempuan?” tanya mama Riz dengan suara yang tinggi. Tersentak Wardah. Amarahnya memuncak. “Bila masa dia jumpa aku?” Wardah sudah kira-kira mahu membidas tuduhan itu. Namun setelah melihat lirikan mata Riz yang menyuruh dia untuk diam, dia akur. Mama dan papa Riz berjalan mendekati mereka berdua. Mama Riz melihat Wardah, atas dan bawah berulang kali dengan mukanya yang penuh dengan kebencian. Setelah itu, mereka melabuhkan punggung di sofa yang ada diruang tamu tersebut. Keadaan yang sangat tegang. Riz dan Wardah akan diadili. “Jadi Riz, inilah perempuan tu?” tanya Encik Zain Benjamin, tenang. “Ya papa.” jawab Riz perlahan.” “So bila nak nikah?” tanya ayahnya kembali. “WHAT?!” serentak kedengaran suara Wardah dan Riz. Serta merta mata mereka membuntang memandang wajah ayahnya. “Papa, can you repeat that question? Riz tak jelas.” “Papa tanya,bila korang nak menikah? Dah sampai sanggup pecah masuk blok perempuan semata-mata nak jumpa dia ni? Kena lah cepat-cepat nikah. Takut nanti jadi benda tak elok.” “What papa? No. Mama tak setuju. A big NO. Papa setuju ke budak bertutup semua ni jadi family kita? Apa punya selera la.” hina ibu Riz. Mata Wardah berkaca. Air matanya bergenang. Inikah sebab Riz mengajaknya datang ke rumahnya? Semata-mata untuk dihina? Dulu, Riz hina aku. Sekarang, ibunya pula? Riz perasan perubahan riak wajah Wardah. Takut keadaan jadi lebih teruk, dia cuba bersuara. “Mama, apa ni? Pagi tadi papa suruh Riz bawa dia datang kan? So Riz dah bawa. Mama tak perlu cakap macam tu dekat dia. She knows nothing ma.” “Papa tengok? Anak kita sekarang dah berani melawan. Sebab perempuan ni la. Perempuan macmani nak jadi menantu? Baik takpayah ada menantu pun takpa. Mama tak kisah.” hinanya lagi. Air mata tidak dapat ditahan. Empangan air matanya pecah jua. “Mama boleh diam tak? Papa tak habis cakap lagi ni.” kata En. Zain Benjamin dengan tegas. Tersentak ibu Riz. Dia pula yang kena? Lagi bertambah sakit hatinya pada Wardah. Ya, benci. “Boleh, nikah?” soalan tadi diulang semula oleh En. Zain Benjamin. Wardah bersuara dengan pantas. “Takboleh. Maaf pakcik, saya dah ada yang punya. Sekarang tengah tunggu dia balik Malaysia, dan kami akan nikah. Maafkan saya ya pakcik?” kata Wardah dengan suara yang bergetar-getar diselang-selikan dengan esak tangisnya. Ayah Riz tersenyum. Dia tahu muslimah di hadapannya ini, solehah. Dia dapat lihat. Ya, kerana kebaikan itu dapat dilihat walaupun oleh mereka yang buta, dan dapat didengar oleh mereka yang pekak. Kebaikan itu adalah cahaya. “Kalau macamtu, boleh explain dekat pakcik apa yang sebenarnya terjadi sampaikan Riz pergi jumpa kami haritu?” tanya ayah Riz dengan tenang. “Boleh papa. Riz akan terangkan.” celah Riz tiba-tiba. “No. Papa nak dia yang terangkan. Sebelum itu, nama kamu?” “Wardah. Wardah al Humaira.” jawab Wardah lembut. “Okey Wardah, terangkan dekat pakcik.” Encik Zain Benjamin mendengar dengan teliti. Puan Adila masih dengan mukanya yang mempamerkan seribu rasa benci, mendengar apa yang dikatakan Wardah. Melihatkan layanan baik suaminya kepada wanita itu, bertambah benci dia kepada Wardah. “Ouh macamtu, jadi Riz cuma hantarkan makanan kepada kamu sebab dia rasa bersalah?” “Ya. Macamtu la yang sebenarnya pakcik.” jawab Wardah. “Betul tu pa.” sampuk Riz. “Kalau macamtu, takpalah. Papa akan explain semuanya dekat kawan papa nanti. Nota yang Riz bagi tu ada lagi? Boleh jadi bukti walaupun tak kukuh sangat.” “Ada. Jap.” Kata Wardah sambil menyeluk tangan ke dalam poket jubahnya. “Nah.” Dia menghulurkan nota biru kecil itu kepada Encik Zain. Lebar senyuman ayah Riz setelah membaca isi nota tersebut. Muka Riz merah padam, malu. “Papa ni kenapa senyum-senyum?” “Riz, kamu ni suka Wardah ke?” “Dah-dah. Masalah dah settle, kamu boleh bawa perempuan ni balik.” celah Puan Adila tiba-tiba. “Fuhh. Tepat betul timing mama masuk.” bisik hati kecil Riz. “Ya makcik, saya minta diri dulu.” kata Wardah sambil menghulur tangan untuk menyalami Puan Adila. Namun, tiada apa-apa reaksi daripada Puan Adila untuk menyambut salamnya. Wardah akur. “Saya balik dulu pakcik. Terima kasih.” Wardah beredar, menapak ke arah pintu utama banglo Riz. Sedang dia berjalan, dia terserempak dengan Mak Kiah yang sedang mengelap pasu bunga ketika itu. “Mak, Wardah balik dulu.” Dipeluknya Mak Kiah. Pipi tua itu dikucup, sayang. Riz melihat apa yang berlaku. Dia tersenyum. Baru kenal, tapi dah mesra. Allah.. “Wehh, kau ni siapa nak panggil dia mak? Aku sorang je boleh la!” bentak Riz. Tak puas hati. “Wekkkk! Biarlah. Sibuk.” Mak Kiah tersenyum melihat telatah mereka berdua. Comel betul. Tiba-tiba Mak Kiah teringatkan Pak Usup. Pak Usup, suami Mak Kiah. Dah meninggal 12 tahun lepas. Pak Usup dipatuk ular ketika cuba menyelamatkan Riz yang ketika itu sedang bermain di halaman rumah mereka. Air matanya bergenang tiba-tiba. “Eh mak, kenapa ni? Macam nak menangis je?” soal Wardah setelah perasan yang ada mutiara kecil yang hadir pada mata mak Kiah. “Takda apalah. Mak Kiah gembira tengok korang je.” selindungnya. “Yelatu mak. Hahahahaha. Baiklah mak, Riz nak kena hantar ninja turtle ni balik kolej dulu. Riz pergi dulu ye mak?” “Nin ja turtle?” tanya Mak Kiah sambil mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. “Ha mak. Ninja turtule. Tu.” kata Riz sambil menghalakan jari telunjuknya kepada Wardah. “Takpa mak. Wardah dah selalu sangat dah kena kutuk mak. Haritu kena kutuk dengan buaya, tadi pun kena lagi. Sekarang pun kena. Takpa mak. Wardah redha ja. Wardah balik dulu ya?” katanya sambil mencium tangan tua Mak Kiah bertalu-talu. Lalu, dia keluar menuju ke arah kereta Mini Cooper Riz. “Kamu tengok tu, dah merajuk dah! Tu la mulut, nak kena cili.” “Errr. Mak, Riz pergi dulu. Assalamu’alaikum.” “Yelah. Bawa kereta elok-elok. Hati-hati.” Setelah itu, Riz memakai kasutnya, lalu keluar mendapatkan Wardah yang sedang berdiri di keretanya. Ketika itu, Haura dan Khai pun sudah ada sekali menunggunya. Soalan yang ingin diajukan kepada Wardah, dibatalkan niatnya. Kunci pintu keretanya dibuka. Mereka masuk ke dalam kereta. Diam. Tiada satu patah perkataan pun yang keluar daripada mana-mana mulut di antara mereka berempat. Enjin kereta dihidupkan. Akhirnya, kereta meluncur laju, meninggalkan kediaman mewah milik Encik Zain Benjamin. *** Ketika dalam perjalanan, Riz teringat kata-kata Wardah ketika di rumahnya sebentar tadi. “Maaf pakcik, saya dah ada yang punya. Sekarang tengah tunggu dia balik Malaysia, dan kami akan nikah.” “Nak tanya? Taknak? Nak tanya? Taknak? Tanya je lah.” bisik hati kecil Riz. Riz memandang cermin pandang belakang keretanya. Dia mencari mata Wardah. Dapat. “Wardah, aku nak tanya satu soalan boleh?” ....

LAYAKKAH AKU PART 2 (PENDAKWAHCUTEADMIRES)

Layakkah aku - part 2 Weh Khai, tu bukan ke budak pakai purdah tadi?” “Mana? Tak nampak pun.” “Tu yang tengah jalan pergi kaunter tu.” “A’ah. Eh macam mana kau tahu?” “Aku cam warna baju dia.” kata Riz sambil ketawa. Walaupun Wardah tahu yang si Riz ada di cafe itu, dia berlagak seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia ke kaunter untuk membeli makanan bersama-sama Haura. Setelah membayar makanan dan air yang dia beli, dia mencari tempat duduk untuk menjamah makanan tersebut. “Weh Haura, nak duduk mana ni?” “Yang mana kosong, kita duduk je la.” Mata Wardah meliar mencari tempat yang kosong dan.. “Kau perasan tak apa yang aku perasan?” tanya Wardah. “Apa yang kau perasan?” “Tempat kosong ada. Tapi yang tinggal cuma sebelah meja si buaya tembaga tu ja. Kau sanggup?” “Aku okay je. Apa ada hal.” “Weh, aku berniqab la. Nanti kalau waktu aku makan, dia nampak muka aku macam mana?” bebel Wardah. Ya, wajahnya cuma untuk tatapan suami, bukan ajnabi! “Kau ingat dia nak tengok muka kau ke? Haha dia layan awek yang seksi sendat singkat je la. Jangan risau. Kita nak makan je pun. Lagipun jarak antara dua meja tu jauh gak.” pujuk Haura. Selepas berfikir panjang, Wardah mengatur langkah kakinya menuju ke meja bersebelahan dengan Riz. Riz yang ketika itu perasan kehadiran Wardah mengambil tempat pada meja bersebelahan mereka terus bangun daripada kerusinya. “Weh Khai, tiba-tiba selera makan aku hilang pulak. Entah kenapa. Jom blah.” Berdesing telinga Wardah mendengar apa yang baru dikatakan oleh Riz tadi. Dia tahu ayat itu ditujukan kepadanya. “Pergilah cepat sikit. Semak je.” kata Wardah perlahan. Malangnya, telinga Riz dapat menangkap apa yang dikatakan oleh Wardah tadi walaupun kata-kata itu terlalu perlahan dituturkan Wardah. “Weh ninja. Nak cari gaduh ke?” soal Riz sambil menjeling Wardah. Wardah yang ketika itu baru duduk, pantas bangun. Menyirap darahnya dipanggil ninja. Weh ninja macam aku ni comel kot. “Siapa ninja?” soal Wardah sambil meninggikan sedikit suaranya. “Kau la. Dasar ninja turtle.” Semakin membara si Wardah ni. Pelik juga, sebelum ini dia bukan main menjaga kelakuannya lagi-lagi di khalayak ramai tetapi kalini, dia memang dah tak boleh tahan. Rasa macam nak bertukar jadi hulk warna warni dah. Dia berjalan menuju ke arah Riz. Berhadapan. “Weh Wardah, dah la. Kita datang sini nak makan kan?” pujuk Haura. Tak pernah dia tengok si Wardah yang lemah lembut ni tiba-tiba naik hantu. Terkejut juga dia. “Apa masalah kau dengan aku hah budak mat saleh? Dari mula-mula jumpa tadi lagi kau nak cari gaduh.” soal Wardah sambil bercekak pinggang di hadapan Riz. “Mat saleh? Weh aku melayu la.” jawab Riz dengan suara yang ditinggikan. Jarak dia dengan si Wardah ni hanya selangkah je. Hampir betul. Dia menjeling dalam mata Wardah. Dapat dia lihat kemarahan pada mata wanita berniqab itu. “Kau ni harap je pakai macamni, tapi perangai hampeh.” Sekali lagi menyirap darah si Wardah ni. Bro, jangan salahkan pakaian aku, salahkan aku cukup la. Mata Wardah berair. Dia terasa hati sangat dengan jejaka yang menghinanya tadi. “Kau cakap lagi sekali je aku tampar muka kau.” ugut Wardah. “Boo ninja turtle dah marah. Takutnya. Haha betul lah orang cakap, pakaian tak melambangkan akhlak. Pakai macam muslimah sejati, perangai macam..” Belum sempat Riz menghabiskan ayatnya, tiba-tiba pipinya ditampar kuat oleh Wardah. Khai yang ketika itu sedang meminum air, tersembur airnya kerana terkejut. Haura pula ternganga melihat keadaan itu. Empangan air mata Wardah sudah pecah. Dia menangis laju. “Kau ingat aku cakap ni. Nak hina, hina perangai aku. Bukan pakaian aku. Sebab manusia macam kau inilah, ramai akhwat yang tumbang bila nak berhijrah. Kau fikir kau ni maksum? Takda dosa ke? Dasar mat saleh celup tak sedar diri!” kata Wardah sambil menangis. Suaranya ditinggikan. Pelajar-pelajar yang sedang duduk makan di cafe tersebut semuanya fokus melihat pergaduhan dua manusia itu. Riz memegang pipinya. Masih cuba mentafsir kejadian yang baru menimpanya itu. Dia masih terkejut. Tak dia jangka dia akan ditampar, lagi-lagi dengan seorang muslimah berniqab. “Teruk sangat ke apa yang aku cakap tadi?” Dia menyoal diri. “Dah Wardah, jum balik. Menyampah pula aku dengan dia ni.” ajak Haura sambil menarik tangan Wardah, beredar dari situ. Wardah berlalu pergi sambil mengesat air matanya. Dia benar-benar terluka. Setelah Wardah dan Haura beredar, Riz kembali duduk di kerusinya. Dia mengelap bibirnya yang berdarah dengan tisu. Kuat tamparan ninja turtle tu tadi. “Kau melampau sangat cakap macam tu dekat dia tadi bro.” Khai memulakan perbualan. Riz diam, tidak menjawab. Rasa bersalah datang menerpa ke dalam diri Riz. Sejak bila dia ni pandai rasa bersalah pun entah. Sebelum ni berjuta hati gadis dia lukai, tak pernah nak rasa berdosa. Tapi yang sorang ni.. Adoi.... “Weh Khai, nanti kau bawa aku pergi bilik perempuan tu tadi boleh tak?” “Gila kau. Mana aku tahu nombor bilik dia. Lagipun kan kita diharamkan jejak kaki..” belum sempat Khai menghabiskan ayatnya, Riz pantas memotong. “Aku tanya boleh ke tidak?” “Err baik baik. Nanti aku tanya bebudak kita.” Riz pergi ke kaunter, membayar harga makanan. Dia perasan yang muslimah dua orang tadi tak sempat langsung menjamah makanan mereka, lalu dia membungkus dua set makanan. Dia sendiri tak tahu kenapa dia berbuat demikian. Dia cuma mengikut kata hati. “Weh Riz. Dah dapat. Blok E, nombor bilik 15 tingkat dua.” “Cun. Jom gerak.” Setelah itu, mereka beredar daripada cafe itu dengan meninggalkan pelajar-pelajar lain yang dari awal tadi melihat kejadian yang berlaku itu dengan seribu tanda tanya.