Sunday 11 January 2015

LAYAKKAH AKU PART 5 (PENDAKWAHCUTEADMIRE)

“Layakkah aku?” (Part 5) “Besarnya rumah. Ni rumah ke shopping kompleks? Pergh anak orang kaya.” Kata Wardah teruja, setelah Mini Cooper milik Riz bergerak masuk ke dalam banglo mewah milik Encik Zain Benjamin. “Dah sampai. Korang berdua duduk dekat laman tu dulu boleh? Nak setelkan hal ni kejap. Boleh?” tanya Riz kepada Haura dan Khai. Mereka menggangguk lalu pergi meninggalkan Riz dengan Wardah bersendirian. Setelah Haura dan Khai pergi, mata Riz difokuskan pula kepada Wardah. Riz memandang Wardah atas dan bawah. Berulang kali. Naik malu Wardah. Merah mukanya. “Kau ni, dah kenapa? Kau tengok aku macam tu lagi, aku tampar kau macam haritu.” ugut Wardah. “Aku macam pernah jumpa kau la. Baru sekarang aku perasan. Serius.” “Memang la, kan dekat kolej kita pernah jumpa. Kau ni dah kenapa?” Riz diam. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu. Lama. Naik pelik Wardah. “Kalau kau setakat nak ajak aku berdiri dekat luar rumah kau ni, aku nak balik.” kata Wardah. Khai dan Haura sedang duduk di kerusi batu yang berada di laman rumah Riz. Mereka seperti sedang membincangkan sesuatu perkara. Riak wajah muka mereka yang serius mempamerkan segala-galanya. “Yela. Jom masuk. Parents aku dah tunggu rasanya.” Kata Riz sambil mengorak langkah menuju ke pintu utama rumahnya. “Mak, Riz dah balik ni. Buka pintu.” Kata Riz sambil mengetuk-ngetuk pintu rumahnya. Wardah memandang tidak percaya. “Mana mungkin si buaya ego ni nak bercakap sesopan itu? Mungkin sebab itu maknya kot? Haish Wardah, tak baik buruk sangka.” sangkal hatinya. Tidak lama kemudian, pintu dibuka. Muncul seorang wanita lewat 40-an yang berdiri disebalik pintu besar rumah banglo Riz tersebut. Mukanya manis mengukir senyuman. “Awal Riz balik harini? Dengar ja mak nak masak makanan feberet dia, terus balik awal. Haha Riz lapar eh?” usik maknya. Mereka nampak mesra. Wardah sebak, dia rindukan ibunya. “Mana mak tahu ni? Haha pandai mak teka.” kata Riz sambil ketawa. Wardah pelik. Takkanlah rumah besar macamni pun takda orang gaji? Mak si Riz ni yang kena bukakan pintu? Em mungkin family dia tak suka orang luar kot? Ahh lupakan. “Ehh. Siapa budak perempuan yang comel pakai niqab ni? Ya Allah mak dah nak dapat menantu dah ye? Hahaha.” gelak mak Riz sambil menutup mulut. Wardah pulak dah kena puji, mau tak tersipu-sipu dia. Dia memandang ke bawah, kaver ayu konon. “Wait. Menantu? Noooooooooo.” jerit Wardah dalam hati. “Bukanlah makcik. Saya ni Wardah, kawan Riz. Kata Riz, ayahnya nak jumpa saya. Itu yang saya datang ni.” terang Wardah, sopan. “Ouh kawan Riz. Haha tapi kalau betul pun apa salahnya kan? Kamu ni pun makcik tengok baik orangnya. Sopan lagi tu.” puji mak Riz, jujur. Bertambah kembanglah si Wardah ni. Astaghfirullahalazim. Hadza min fadhli Rabbi. Segala pujian hanyalah milik Allah SWT. “Mak. Dia ni jangan dipuji lebih-lebih. Bukan boleh dia ni, nanti sampai ke besok dia tertunduk bawah tengok kasut dia. Entah apa yang dia cari pun tak tahu.” perli Riz. “Haha. Mak cakap benda yang betul je.” “Tengok tu weh. Mak kau pun backup aku.” “Whatever. Dah, jum masuk. Mak, mama dengan papa ada tak?” soal Riz. Wardah bingung. “Mama dengan papa?” sampai berapa mak si Riz ni ada. Takkanlah ayah dia nikah dua? “Kejap-kejap. Makcik ni mak riz kan?” soal Wardah, lurus. Dia terus mengajukan soalan itu kepada mak Riz. Pecah ketawa Riz dan maknya itu. Si Riz ni, sampai keluar air mata dia ketawa. Yang Wardah buat muka seposen. Dia tak tahu apa yang kelakarnya. “Dah la tu Riz. Tak baik kamu ketawakan dia.” kata maknya dengan ketawa yang masih bersisa. “Hahahaha yelah mak. Cik Wardah, mak ni namanya mak Kiah. Dia sebenarnya orang gaji dekat sini. Tapi aku tak anggap dia orang gaji pun, dia dah macam mak aku sendiri dah. Dari aku lahir sampai sekarang, dia jaga aku. Dia duduk dengan family aku dah hampir 20 tahun. Tu yang aku panggil dia mak.” terang Khai diselangi dengan tawanya yang masih ada. “Ooooooooooooo.” kata Wardah. Kalau dia tak berniqab ni, memang dah nampak mulutnya yang berbentuk O tu. Panjang betul. Agak-agak dalam 8 harakat jugak la. “Dah. Tutup mulut kau. Eh mak, Riz tanya tadi, mama dengan papa ada tak?” soal Riz sekali lagi. “Ada ja. Papa macam biasalah, ada dekat perpustakaan. Macam la tak kenal dengan papa kamu tu Riz, kalau tak pergi kerja, 24 jam lah terperap dekat situ.” “Ouh. Takpa. Riz dengan Wardah tunggu dekat ruang tamu, mak panggilkan papa dengan mama boleh? Cakap Riz dah balik.” tanya Riz. “Baik Riz. Mak pergi dulu.” Riz mengiringi maknya dengan senyuman. Wardah diam. Seolah-olah tidak percaya apa yang dilihat matanya sekarang. Seorang lelaki yang diluarnya penuh dengan ego, tetapi sebenarnya seorang yang penyayang dan hormat orang tua. Ya Allah, maafkanlah aku kerana selama ini selalu berburuk sangka dengan dia. Bisik hati kecil Wardah. “Weh masuklah ninja. Yang kau tercegat dekat luar buatpe? Takkan nak kena ambil sofa angkat bagi dekat kau duduk, lepastu nak kena angkat masuk dalam pulak?” perli Riz. Wardah menjeling Riz. Tajam. “Eleh jeling-jeling. Macam la aku takut. Teenage mutant ninja turtle!” kata Riz sambil melagukan lagu TMNT itu. Berdesing telinga Wardah. Kasutnya ditanggal cepat lalu dikejarnya si Riz ni sampai masuk ke dalam rumah sehingga ke ruang tamu. Papa dan mama Riz yang baru turun dari tangga melihat yang anaknya sedang dikejar oleh seorang perempuan berpurdah yang mereka langsung tak kenal. “Riz! Apa ni?” tengking mama Riz. Mereka berdua berhenti daripada kejar-mengejar. Mata mereka berdua serentak memandang ke arah papa dan mama Riz. “So inilah perempuan yang kamu nak jumpa sampai sanggup pecah masuk asrama perempuan?” tanya mama Riz dengan suara yang tinggi. Tersentak Wardah. Amarahnya memuncak. “Bila masa dia jumpa aku?” Wardah sudah kira-kira mahu membidas tuduhan itu. Namun setelah melihat lirikan mata Riz yang menyuruh dia untuk diam, dia akur. Mama dan papa Riz berjalan mendekati mereka berdua. Mama Riz melihat Wardah, atas dan bawah berulang kali dengan mukanya yang penuh dengan kebencian. Setelah itu, mereka melabuhkan punggung di sofa yang ada diruang tamu tersebut. Keadaan yang sangat tegang. Riz dan Wardah akan diadili. “Jadi Riz, inilah perempuan tu?” tanya Encik Zain Benjamin, tenang. “Ya papa.” jawab Riz perlahan.” “So bila nak nikah?” tanya ayahnya kembali. “WHAT?!” serentak kedengaran suara Wardah dan Riz. Serta merta mata mereka membuntang memandang wajah ayahnya. “Papa, can you repeat that question? Riz tak jelas.” “Papa tanya,bila korang nak menikah? Dah sampai sanggup pecah masuk blok perempuan semata-mata nak jumpa dia ni? Kena lah cepat-cepat nikah. Takut nanti jadi benda tak elok.” “What papa? No. Mama tak setuju. A big NO. Papa setuju ke budak bertutup semua ni jadi family kita? Apa punya selera la.” hina ibu Riz. Mata Wardah berkaca. Air matanya bergenang. Inikah sebab Riz mengajaknya datang ke rumahnya? Semata-mata untuk dihina? Dulu, Riz hina aku. Sekarang, ibunya pula? Riz perasan perubahan riak wajah Wardah. Takut keadaan jadi lebih teruk, dia cuba bersuara. “Mama, apa ni? Pagi tadi papa suruh Riz bawa dia datang kan? So Riz dah bawa. Mama tak perlu cakap macam tu dekat dia. She knows nothing ma.” “Papa tengok? Anak kita sekarang dah berani melawan. Sebab perempuan ni la. Perempuan macmani nak jadi menantu? Baik takpayah ada menantu pun takpa. Mama tak kisah.” hinanya lagi. Air mata tidak dapat ditahan. Empangan air matanya pecah jua. “Mama boleh diam tak? Papa tak habis cakap lagi ni.” kata En. Zain Benjamin dengan tegas. Tersentak ibu Riz. Dia pula yang kena? Lagi bertambah sakit hatinya pada Wardah. Ya, benci. “Boleh, nikah?” soalan tadi diulang semula oleh En. Zain Benjamin. Wardah bersuara dengan pantas. “Takboleh. Maaf pakcik, saya dah ada yang punya. Sekarang tengah tunggu dia balik Malaysia, dan kami akan nikah. Maafkan saya ya pakcik?” kata Wardah dengan suara yang bergetar-getar diselang-selikan dengan esak tangisnya. Ayah Riz tersenyum. Dia tahu muslimah di hadapannya ini, solehah. Dia dapat lihat. Ya, kerana kebaikan itu dapat dilihat walaupun oleh mereka yang buta, dan dapat didengar oleh mereka yang pekak. Kebaikan itu adalah cahaya. “Kalau macamtu, boleh explain dekat pakcik apa yang sebenarnya terjadi sampaikan Riz pergi jumpa kami haritu?” tanya ayah Riz dengan tenang. “Boleh papa. Riz akan terangkan.” celah Riz tiba-tiba. “No. Papa nak dia yang terangkan. Sebelum itu, nama kamu?” “Wardah. Wardah al Humaira.” jawab Wardah lembut. “Okey Wardah, terangkan dekat pakcik.” Encik Zain Benjamin mendengar dengan teliti. Puan Adila masih dengan mukanya yang mempamerkan seribu rasa benci, mendengar apa yang dikatakan Wardah. Melihatkan layanan baik suaminya kepada wanita itu, bertambah benci dia kepada Wardah. “Ouh macamtu, jadi Riz cuma hantarkan makanan kepada kamu sebab dia rasa bersalah?” “Ya. Macamtu la yang sebenarnya pakcik.” jawab Wardah. “Betul tu pa.” sampuk Riz. “Kalau macamtu, takpalah. Papa akan explain semuanya dekat kawan papa nanti. Nota yang Riz bagi tu ada lagi? Boleh jadi bukti walaupun tak kukuh sangat.” “Ada. Jap.” Kata Wardah sambil menyeluk tangan ke dalam poket jubahnya. “Nah.” Dia menghulurkan nota biru kecil itu kepada Encik Zain. Lebar senyuman ayah Riz setelah membaca isi nota tersebut. Muka Riz merah padam, malu. “Papa ni kenapa senyum-senyum?” “Riz, kamu ni suka Wardah ke?” “Dah-dah. Masalah dah settle, kamu boleh bawa perempuan ni balik.” celah Puan Adila tiba-tiba. “Fuhh. Tepat betul timing mama masuk.” bisik hati kecil Riz. “Ya makcik, saya minta diri dulu.” kata Wardah sambil menghulur tangan untuk menyalami Puan Adila. Namun, tiada apa-apa reaksi daripada Puan Adila untuk menyambut salamnya. Wardah akur. “Saya balik dulu pakcik. Terima kasih.” Wardah beredar, menapak ke arah pintu utama banglo Riz. Sedang dia berjalan, dia terserempak dengan Mak Kiah yang sedang mengelap pasu bunga ketika itu. “Mak, Wardah balik dulu.” Dipeluknya Mak Kiah. Pipi tua itu dikucup, sayang. Riz melihat apa yang berlaku. Dia tersenyum. Baru kenal, tapi dah mesra. Allah.. “Wehh, kau ni siapa nak panggil dia mak? Aku sorang je boleh la!” bentak Riz. Tak puas hati. “Wekkkk! Biarlah. Sibuk.” Mak Kiah tersenyum melihat telatah mereka berdua. Comel betul. Tiba-tiba Mak Kiah teringatkan Pak Usup. Pak Usup, suami Mak Kiah. Dah meninggal 12 tahun lepas. Pak Usup dipatuk ular ketika cuba menyelamatkan Riz yang ketika itu sedang bermain di halaman rumah mereka. Air matanya bergenang tiba-tiba. “Eh mak, kenapa ni? Macam nak menangis je?” soal Wardah setelah perasan yang ada mutiara kecil yang hadir pada mata mak Kiah. “Takda apalah. Mak Kiah gembira tengok korang je.” selindungnya. “Yelatu mak. Hahahahaha. Baiklah mak, Riz nak kena hantar ninja turtle ni balik kolej dulu. Riz pergi dulu ye mak?” “Nin ja turtle?” tanya Mak Kiah sambil mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. “Ha mak. Ninja turtule. Tu.” kata Riz sambil menghalakan jari telunjuknya kepada Wardah. “Takpa mak. Wardah dah selalu sangat dah kena kutuk mak. Haritu kena kutuk dengan buaya, tadi pun kena lagi. Sekarang pun kena. Takpa mak. Wardah redha ja. Wardah balik dulu ya?” katanya sambil mencium tangan tua Mak Kiah bertalu-talu. Lalu, dia keluar menuju ke arah kereta Mini Cooper Riz. “Kamu tengok tu, dah merajuk dah! Tu la mulut, nak kena cili.” “Errr. Mak, Riz pergi dulu. Assalamu’alaikum.” “Yelah. Bawa kereta elok-elok. Hati-hati.” Setelah itu, Riz memakai kasutnya, lalu keluar mendapatkan Wardah yang sedang berdiri di keretanya. Ketika itu, Haura dan Khai pun sudah ada sekali menunggunya. Soalan yang ingin diajukan kepada Wardah, dibatalkan niatnya. Kunci pintu keretanya dibuka. Mereka masuk ke dalam kereta. Diam. Tiada satu patah perkataan pun yang keluar daripada mana-mana mulut di antara mereka berempat. Enjin kereta dihidupkan. Akhirnya, kereta meluncur laju, meninggalkan kediaman mewah milik Encik Zain Benjamin. *** Ketika dalam perjalanan, Riz teringat kata-kata Wardah ketika di rumahnya sebentar tadi. “Maaf pakcik, saya dah ada yang punya. Sekarang tengah tunggu dia balik Malaysia, dan kami akan nikah.” “Nak tanya? Taknak? Nak tanya? Taknak? Tanya je lah.” bisik hati kecil Riz. Riz memandang cermin pandang belakang keretanya. Dia mencari mata Wardah. Dapat. “Wardah, aku nak tanya satu soalan boleh?” ....

No comments:

Post a Comment